Dapur

Kebaikan Minum Air Suam Beri Kesan Mengejutkan Pada Tubuh Badan? Ini Anda Perlu Tahu!

36
SHARES
kebaikan minum air suam

Ada orang suka minum air sejuk berbanding air suam atau air panas yang mungkin kerana untuk melegakan badan akibat cuaca panas terik. Namun, tahukah anda terdapat banyak kebaikan minum air suam atau air panas pada tubuh badan.

Melalui hantaran yang dibuat oleh Doktor Rizal Abu Bakar, beliau mengesyorkan untuk elak mengambil minuman berais kerana terdapat beberapa kesan. Justeru itu, untuk mengetahui lanjut mengenai kesan minum air berais dan kelebihan minuman suam atau panas, mari baca di bawah.

Baca juga: Pasangan Suami Isteri Keracunan Lepas Makan Ikan Buntal, AWAS Ikan Ini Beracun!

KEBAIKAN MINUM AIR SUAM

kebaikan minum air suam

Berbuka nanti elak ambil minuman yang diletak ketul ais. Ambil air suam atau pada suhu bilik. Lebih baik lagi. Sebab apa?

Baca 5 kesan ini:

  1. Gangguan pada sistem pencernaan.
  2. Perlahankan metabolisme tubuh.
  3. Banyakkan mucus atau lendir dalam tubuh.
  4. Burukkan menstrual cramps.
  5. Ganggu serapan nutrien dari makanan yang kita ambil.

KELEBIHAN AIR SUAM ATAU AIR PANAS

Sementara itu, melalui laman portal FEP Blue Cross Blue Shield, kekal terhidrat adalah bahagian paling penting untuk kekal sihat. Setiap bahagian badan anda bergantung kepada air untuk berfungsi dengan baik.

Antaranya, ia dapat memperbaiki kulit, melincirkan sendi dan mengawal suhu badan.

Kebanyakan orang hanya minum air sejuk untuk menghidrat, tetapi bagaimana dengan air suam atau air panas? Tanpa anda ketahui, ia datang dengan manfaat yang mengejutkan.

kebaikan minum air suam

Inilah sebabnya mengapa ia baik untuk tubuh badan:

1. MELEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT

Air panas boleh melegakan membran mukus dan melegakan rasa tersumbat, apabila hidung menyedut wap sewaktu menghirup air. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan sakit kepala akibat selesema. Selain itu, wap daripada minuman panas akan membantu membersihkan sinus anda.

2. PEREDARAN DARAH LEBIH BAIK

Haba dapat memanaskan badan dan membantu aliran darah ke seluruh badan. Peredaran yang lebih baik boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Minum secawan atau dua air suam atau panas adalah cara mudah untuk mengalirkan darah ke seluruh tubuh badan.

3. MENURUNKAN BERAT BADAN

Badan menjadi sejuk apabila meminum air panas. Di mana, ia boleh merangsang metabolisme anda dan membantu menurunkan berat badan.

4. SISTEM PENGHADAMAN JADI LEBIH MUDAH

Air minuman memainkan peranan yang besar dalam sistem penghadaman. Apabila anda minum air suam atau panas, ia membantu memecahkan makanan yang anda makan dan boleh melegakan sembelit selain, melegakan kesakitan yang dialami.

5. MENGURANGKAN STRESS

Minum air suam boleh menenangkan sistem saraf pusat dan mungkin membuatkan anda berasa kurang tertekan pada hari itu. Ia serupa dengan perasaan tenang yang anda alami apabila sedang mandi.

6. MEMBUANG TOKSIN

Minum air suam atau panas boleh membuatkan badan berpeluh. Ini bukan kesan yang buruk. Hal ini kerana, peluh secara semula jadi membantu menyingkirkan toksin dan perengsa yang ada dalam badan anda.

KESIMPULAN

Anda boleh mendapat beberapa faedah yang sama daripada minuman panas lain. Tetapi air masak adalah lebih ideal kerana ia tidak mempunyai kalori dan berfungsi dengan terbaik untuk menghidratkan tubuh anda.

Oleh itu, berhati-hati ketika minum air panas jangan sampai melecur mulut. Boleh sahaja minum air suam.

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar / FEP Blue Cross Blue Shield

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×