Cantik

‘Overdose’ Ubat Kurus Buat Organ Dalaman Rosak, Lebih Teruk Kesannya Dari Nak Cepat Kurus!

18
SHARES
ubat kurus

Terdapat pelbagai sebab yang mendorong seseorang itu mengambil keputusan untuk menelan ubat kurus. Namun, tahukah anda terdapat bahan campuran bernama laxative atau julap yang terkandung di dalamnya, yang jelas kesannya membuatkan anda kerap membuang air besar.

Malah, sekiranya ia diambil dengan dos yang tinggi, tidak dikawal dan tanpa pemantauan boleh menyebabkan organ dalaman tubuh badan terjejas. Kenapa perlu sampai menzalimi tubuh badan, andai boleh kurus dengan cara yang lebih baik? Ikuti penjelasan dari Doktor Erna Nadia di bawah.

Baca juga: “Dr. Kenapa Nak Tampal Gigi, Kena Gerudi Dulu Ya?”- Ini Jawapan Doktor Gigi…

DOKTOR JELASKAN BAHAYA UBAT KURUS

ubat kurus

KENAPA UBAT KURUS BAHAYA?

Dalam produk untuk kuruskan berat badan ini, dua bahan utama yang biasa ada adalah:

  1. Sibutramine
  2. Phentermin

Dua bahan ini akan dan boleh menyebabkan:

Selain itu, bahan lain yang kerap dicampur bersama adalah laxative atau nama lain adalah julap. Bahan ini akan membuatkan seseorang membuang air besar dengan jayanya dan asyik nak membuang.

Penggunaan bahan-bahan inilah yang membahayakan kesihatan dan nyawa apabila kadar dos yang tinggi dan tidak terkawal serta tidak dipantau oleh sesiapa.

UBAT KURUS: SIMPTOM TERLEBIH ATAU TERSALAH DOS

ubat kurus

Simptom terlebih dos atau tersalah dos adalah:

  1. Mual/loya.
  2. Berdebar-debar.
  3. Tekanan darah menjadi rendah sangat/tinggi.
  4. Sentiasa gelisah atau tidak senang duduk.
  5. Sesak nafas.
  6. Sakit dada.
  7. Masalah atau gangguan tidur (terlebih atau terkurang).
  8. Kerap kencing/buang air besar.
  9. Bibir atau kulit menjadi kering.

Ramai anggap bila ada simptom-simptom ini adalah normal kerana mereka beranggapan itulah proses yang berlaku kononnya ubat tengah berfungsi atau berkerja.

KOMPLIKASI DARI UBAT/PRODUK KURUS

  • Lama-lama organ dalam menjadi rosak dan mati.
  • Usus pecah akibat terlebih berkerja.
  • Buah pinggang rosak sebab tak dapat nak tapis lagi.
  • Fungsi hati menjadi gagal akibat terlebih dos.
  • Garam galian/ elektrolik dalam badan menjadi tidak seimbang.

Semua ini adalah komplikasi akibat dari ubat/produk kurus. Anda memang akan kurus tetapi organ anda sekali akan rosak.

Sedih dan kecewa bila tengok pesakit datang dengan komplikasi. Segalanya sudah terlambat bila organ dalam dah rosak. Sama ada perlukan cuci darah atau perlukan rawatan berterusan dan yang paling sedih adalah kematian.

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

ubat kurus

Usus kita tak perlu dicuci dengan produk-produk pun. Cukup sekadar minum air kosong dengan cukup, makan cukup serat dan bersenam.

Allah cipta elok dah. Sama juga berat badan. Jaga makan dengan betul, bersenam, minum air dan rehat dengan baik. Masalah orang kita adalah semua nak laju bak peluru pandu. Entahlah nak ke mana tu laju laju.

Sabar.

Semua perlukan proses yang betul. Tak perlu short cut. Sayangi organ dan kesihatan anda. Semua ni Allah bagi kita pinjam sahaja. Jadi jagalah sebaiknya.

Kepada penjual, hati hati kerana jangan kerana anda mahu kaya raya, habis kesihatan pembeli. Juallah benda yang tidak merosakkan kesihatan orang.

Dr. Erna Nadia, risau tengok muda-muda dah macam-macam penyakit.

Sumber: Facebook Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×