Cantik

“Dr. Kenapa Nak Tampal Gigi, Kena Gerudi Dulu Ya?”- Ini Jawapan Doktor Gigi…

5
SHARES
rawatan tampalan gigi

Mungkin ramai dalam kalangan anda tertanya-tanya, mengapa prosedur menggerudi gigi perlu dilakukan sebelum membuat tampalan? Dalam rawatan tampalan gigi, terdapat dua sebab mengapa ia diperlukan, menurut Doktor Mohd Khairul Izwan di hantarannya.

Menggerudi gigi boleh menyebabkan sesetengah orang berasa kurang selesa dan ngilu. Nak tahu apakah sebabnya? Mari ikuti penerangan lanjut dari Dr. Khairul di bawah.

Baca juga: Emosi Penat Berdepan Individu Toksik Di Tempat Kerja? Ikuti Tips Ini Dari Pakar

INI SEBAB MENGAPA GIGI DIGERUDI SEBELUM TAMPALAN

rawatan tampalan gigi

Gambar: Instagram @liwaa_torbey

“Dr. kenapa kalau nak tampal gigi, kena gerudi dulu ya gigi tu? Tak boleh ke tampal sahaja terus?

“Tak payah gerudi-gerudi. Ngilu lah Dr.”

Tentu persoalan sebegini pernah terlintas di kalangan anda kan? Baik begini.

Tindakan menggerudi gigi dilakukan dengan menggunakan alat yang disebut sebagai ‘bur’, dipasang pada pemegang ‘handpiece’ yang bergerak menggunakan kelajuan turbin.

Alat ini bergerak dengan menghasilkan percikan air halus dan udara berbentuk aerosol dan menimbulkan rasa kurang selesa serta ngilu (sensitif) kepada sesetengah individu.

RAWATAN TAMPALAN GIGI MEMERLUKAN PROSES PENGGERUDIAN KERANA…

rawatan tampalan gigi

Gambar: Instagram @liwaa_torbey

Secara asasnya, ada 2 sebab atau tujuan utama doktor gigi perlu ‘menggerudi’ gigi anda terlebih dahulu sebelum tampalan dilakukan:

1. MEMBERSIHKAN LUBANG PADA GIGI

Biasanya, lubang pada gigi akan menjadi tempat berkumpulnya sisa makanan. Secara tidak langsung, akan menjadi tempat yang ideal bagi pembiakan kuman atau bakteria.

Sisa makanan serta kuman dan bakteria ini perlu dibersihkan terlebih dahulu secara mekanikal untuk mencegah atau mengelakkan daripada jangkitan kuman berlaku sekiranya, lubang tersebut tidak dibersihkan dengan baik.

Kemudian, barulah simen atau bahan tampalan dapat dimasukkan ke dalam lubang yang telah dibersihkan.

2. MEMBENTUK LUBANG SEBELUM TAMPALAN DIBUAT

Sebelum tampalan dibuat, lubang tersebut perlu dibentuk terlebih dahulu untuk memberikan luas permukaan yang mencukupi.

Ini penting supaya bahan tampalan mudah dimasukkan ke dalam lubang dan dapat melekat dengan kuat (retention). Selain itu, untuk tahan lama agar tidak mudah tertanggal di kemudian hari.

Jadi jangan marah-marah doktor gigi lagi ya selepas ini kalau mereka gerudi gigi anda sebelum tampalan dibuat. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Mohd Khairul Izwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×