Nur

Macam Mana Nak Uruskan Jenazah Muslim Yang Pakai Braces? Ini Informasi Penting Anda Kena Cakna!

33
SHARES

Berdasarkan sumber Al Kafi li al-Fatawi 1629 dari portal Mufti Wilayah Persekutuan (2020), perbuatan memakai pendakap gigi bagi membetulkan kedudukan gigi yang jarang atau pemakaian gigi palsu bagi tujuan memperbetulkan kekurangan pada bahagian gigi adalah diharuskan. Bahkan keharusan ini meliputi seluruh anggota tubuh yang ada keaiban atau kerosakan.

Namun, bagaimana pula pengurusan jenazah Muslim yang memakai pendakap gigi atau ‘braces’? Jom ikuti penjelasan di bawah dari seorang doktor gigi, Doktor Mohd Khairul Izwan, yang turut merujuk dengan sumber tersebut bagi menjawab persoalan netizen yang bertanyakan perihal ini di satu tweet.

Baca juga: Ibu Desak Hafal Quran, Anak Tak Gembira Langsung. Rupanya Dengan Cara Ini Anak Terus Minat!

SANTUNI JENAZAH DENGAN CARA PALING MENGHORMATI

“Saya ada soalan la. Kalau yang Muslim dan memakai braces, katakan la tiba-tiba meninggal dunia dan ada braces ni. Agak-agak orang yang uruskan kita macam mana ye? Diorang kena panggil doktor gigi untuk bukak braces orang meninggal tu ke macam mana ye?”

PENJELASAN DOKTOR KHAIRUL IZWAN MENGENAI PERKARA INI

Baik begini.

Hukum asal memakai braces bagi tujuan memperbaiki susunan gigi untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi penampilan, keyakinan diri, membantu penguyahan dan juga memudahkan pembersihan gigi, hukumnya adalah harus.

Apabila seseorang meninggal dunia, maka tiada keperluan untuk menanggalkan braces tersebut dan tidak mengapa untuk ditinggalkan serta dikebumikan bersama-sama dengan jenazah yang memakai braces itu.

Ini selari dengan tatacara pengurusan jenazah di mana jenazah yang telah meninggal dunia mestilah dilakukan dan disantuni dengan cara yang paling menghormati jenazah tersebut, seperti mana kita dituntut untuk menghormati seseorang ketika dia masih hidup.

FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM SURAH AL-ISRA (70)

Dalil bagi kenyataan ini bersandarkan kepada firman Allah di dalam Surah Al-Isra ayat 70 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam.”

Oleh yang demikian, bagi anda yang berhajat untuk memakai braces ataupun telah memakainya, maka tidak perlu khuatir tentang isu tersebut sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia semasa masih memakai braces.

Dan bagi yang bertugas untuk menguruskan jenazah pula, maka tidak perlulah berusaha untuk menanggalkannya atau memanggil doktor gigi bagi menanggalkannya dan uruskanlah jenazah tersebut seperti biasa.

Begitu juga keadaannya dengan gigi palsu kekal seperti crown, bridge mahupun implant pergigian. Semuanya tidak perlu ditanggalkan dan boleh dikebumikan bersama-sama dengan jenazah.

Semoga bermanfaat!

Sumber rujukan: Al Kafi li al-Fatawi 1629 (Mufti Wilayah Persekutuan, 2020).

“SEBAB ITU MENUNTU ILMU ITU MENJADI KEWAJIPAN”- NETIZEN

Meninjau di ruangan komen, perkongsian ini ternyata memberikan reaksi positif dalam kalangan netizen. Jenazah seharusnya disantuni dan diuruskan dengan cara yang menghormati, berdasarkan panduan ilmu agama yang betul. Betapa pentingnya sesebuah ilmu itu, rugi jika tidak menuntutnya.

Sumber: Facebook Mohd Khairul Izwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×