Sihat

Awas! Makanan Tinggi Gula & Lemak Punca Penyakit Ini, Baca Lanjut Untuk Tahu!

18
SHARES
simptom hati berlemak

Pernahkah anda mendengar masalah kesihatan hati berlemak atau ‘fatty liver’? Antara simptom hati berlemak adalah apabila anda mula merasakan tidak selesa dibahagian kanan abdomen badan.

Melalui perkongsian dari Public Health Malaysia, hati berlemak ini boleh dirawat dengan menitikberatkan gaya hidup yang sihat seperti amalan pemakanan sihat dan aktif dalam aktiviti fizikal. Mari ikuti perkongsian info penyakit hati berlemak dengan lebih lanjut.

Baca juga: Air Kencing ‘Berdarah’ Sebab Makan Buah Naga? Doktor Jelaskan…

KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN TINGGI GULA & LEMAK!

simptom hati berlemak

Gambar hiasan: Keadaan hati normal (kiri) dan hati berlemak (kanan) – HelloDoktor.

Ini merupakan antara punca mengapa anda perlu mengurangkan mengambil makanan tinggi gula dan lemak. No more bobba, teh tarik, chessy leleh dan kentang goreng.

Memproses lemak badan adalah antara tugasan utama untuk hati. Setelah hati PENUH dengan glikogen, ia mula mengubah gula yang diserap dari darah menjadi asid lemak, untuk penyimpanan jangka panjang sebagai LEMAK BADAN.

Asid lemak dan kolesterol dikumpulkan dan dihantar ke seluruh badan melalui darah. Sebilangan besar lemak akhirnya tersimpan didalam hati menyebabkan terjadinya HATI BERLEMAK

PUNCA HATI BERLEMAK

  1. Berat badan berlebihan.
  2. Gula dalam darah tinggi.
  3. Lemak dalam darah tinggi (triglycerides).

Masalah ini berlaku pada 20 peratus orang dewasa secara keseluruhan. Kebiasaanya anda TIDAK mempunyai gejala ketara sehinggalah hati mula membengkak. Pada waktu ini, anda akan mula rasa tidak selesa dibahagian kanan abdomen.

GEJALA

  • Tidak selesai di kanan abdomen.
  • Cepat penat.
  • Sakit perut.

Bagi mengetahui risiko anda, lakukan ujian darah. Kolesterol tinggi dalam darah (Tg) adalah antara amaran awal masalah hati berlemak.

Enzim hati mungkin meningkat . Untuk kepastian ujian imbasan ultrasound boleh dilakukan dan doktor boleh mengesahkan hati anda berlemak berdasarkan struktur hati.

RISIKO

  1. Tinggi kolestrol.
  2. PCOS.
  3. Perut boroi.
  4. Hypothyroid.

KOMPLIKASI

  • Kerosakan hati.
  • Cirrhosis.
  • Kanser hati.

PENCEGAHAN DARI BERLAKUNYA HATI BERLEMAK

  1. Kurangkan pengambilan makanan tinggi gula dan lemak.
  2. Kurangkan berat badan.
  3. Aktif dalam aktiviti fizikal.

simptom hati berlemak

Untuk jangka masa panjang, masalah hati berlemak akan meninggalkan parut kekal di hati dan menyebabkan kerosakan kekal. Fungsi hati akan terjejas dan ia adalah risiko untuk terjadi kanser hati.

Namun berita baik, hati berlemak boleh dipulihkan dengan syarat anda mula mengubah gaya hidup kepada pemakanan sihat, mengurangkan perut boroi dan aktif dalam aktiviti fizikal.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×