Dapur

Resepi Guna Kacang Kuda Yang Sihat & Sedap, Boleh Rendahkan Kolestrol!

13
SHARES

Kacang kuda atau chickpeas mengandungi karbohidrat, zat besi dan fiber yang boleh serasi dengan kalsium dan vitamin C di dalam sayur bayam. Melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, kacang kuda juga dapat merendahkan kolestrol selain mempunyai kebaikan kesihatan yang lain.

Justeru itu, untuk memperolehi khasiat baik dari kekacang ini, jom cuba resepi sihat yang sedap dari campuran kacang kuda dan bayam seperti di bawah.

Baca juga: Resepi Puding Laici Enak, Nak Elak Berketul Rupanya Jangan Buat Macam Ni…

CAMPURAN KACANG KUDA & BAYAM YANG KAYA DENGAN KHASIAT

Sekadar gambar hiasan: Google.com

Padu pekena ni untuk makan malam musim musim hujan. Kalau makan bayam, ambil sekali dengan chickpeas. Atau kacang kuda.

Karbohidrat, zat besi dan fiber dalam kacang kuda serasi dengan kalsium dan vitamin C dalam bayam. Kacang kuda ada raffinose, ia bantu pencernaan nutrien agar diserap oleh sel.

Rendahkan kolesterol sebab chickpeas makanan rendah GI.

RESEPI MENU SIHAT & SEDAP DARI KACANG KUDA

BAHAN-BAHAN:

  • Olive oil.
  • 1 biji bawang besar (potong halus).
  • 4 ulas garlic (hancurkan).
  • 1 sudu makan halia (sagat).
  • 1 sudu teh serbuk kari.
  • 1/2 sudu teh serbuk cili.
  • 1/4 cawan tomato (cincang).
  • Segenggam bayam.
  • Air perahan lemon.
  • 1 1/2 cawan chickpeas.
  • 1/2 cawan santan.
  • Garam cukup rasa.
  • 1 biji keledek (panggang dalam oven 40 minit).

CARA PENYEDIAAN:

Ini cara nak buat.

1. Bakar keledek selama 40 minit atau sampai isi lembut.

2. Dalam kuali leper, panaskan minyak. Masukkan bawang besar. Kacau sampai lembut.

3. Masukkan garlic, halia, serbuk kari, serbuk cili dan goreng dalam 3 minit.

4. Masukkan tomato dan air lemon. Masak lagi 3 minit dan kacau rata.

5. Kemudian, masukkan chickpeas dan bayam. Biarkan sampai layu sikit baru masukkan santan.

6. Akhir sekali, letak garam cukup rasa.

Sedap juga cicah dengan roti sourdough. Bolehlah cuba.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×