Dengar saja nama puding, dah tahu ada macam-macam jenis. Bahkan, menjadi pilihan ramai apabila puding yang sejuk itu dimakan ketika cuaca panas. Kali ini, penulis bawakan resepi puding laici dikongsikan oleh Puan Aida Sarida yang mengikuti resepi dari ibunya.
Rupanya mudah saja nak buat pencuci mulut ini, walaupun bahan-bahannya agak banyak. Sekiranya anda mempunyai cita rasa sendiri seperti mahukan tekstur puding yang lembut atau pejal, boleh ikuti tips di bawah ini.
Baca juga: Resepi Ikan Sengelo Masin Dari Sarawak, Tahan Lama Boleh Makan Bila-Bila Saja!
BOLEH ‘ADJUST’ TEKSTUR PUDING & RASA IKUT CITA RASA
Siap puding laici untuk makan-makan di pejabat Mama. Diorang semua suka makan beramai-ramai ni hehe. Saya tak buat jual pun. Saja-saja seronok jamu orang makan. Ini puding laici cara mama saya.
RESEPI PUDING LAICI MAMA

Ini cawan saya guna untuk sukat air.
BAHAN-BAHAN A:
- 1 tin susu cair.
- 1 cawan air laici.
- 2 sudu makan tepung kastard.
- 1 sudu kecil esen vanilla.
- 2 biji kuning telur
*Campur semua bahan A, sebatikan dan letak tepi dahulu.
BAHAN-BAHAN B:
- 25g agar-agar tali.
- 10 cawan air.
- 250g gula pasir.
- 1 sudu kecil garam.
- 1 ketul kecil gula batu.
- 3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul.
*Didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.
CARA PENYEDIAANNYA:

Nak lagi cantik kena tuang perlahan-lahan, baru tak berbuih. Saya jenis nak cepat kira tuang je.
1. Bila bahan B sudah larut, kecilkan api.
2. Masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih, nanti berketul, kemudian tutup api.
3. Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil macam dalam gambar ni.

Ini anggaran saya tuang setiap bekas. Kalau nak penuh cantik sampai garisan tu.
4. Lepas itu, boleh carik-carikkan laici dan masukkan dalam puding.
- Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair.
- Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras.
5. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk sejuk baru sedap. Selamat mencuba!
P/s:

Saya guna bekas ni.
- Satu adunan ni saya masuk bekas tak penuh dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas.
- Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yang lebih pejal/lembut, ikut preference masing-masing.
- Kalau suka manis, boleh lebihkan gula. Ikut sukatan di atas ni, tak manis sangat, tak tawar sangat.
Sesiapa yang nak share, nak buat jualan, nak buat makan makan, silakan ye. Kalau nak adjust ikut preferences masing-masing pun tiada masalah. Semoga semua pahala yang diperolehi sampai untuk Mama (Sariah Anuar) dan Ayah (Abdul Rahman Osman) saya.