Dapur

Resepi Sambal Ikan Sengelo Masin Dari Sarawak, Tahan Lama Boleh Makan Bila-Bila Saja!

20
SHARES

Hidangan sambal ikan sengelo masin ini merupakan resepi ibu mertua Puan Irah Era yang berasal dari Negeri Sarawak. Sambal bila ‘dikahwinkan’ dengan ulam dan nasi panas sudah pasti tak henti makan. Ini juga merupakan rutin kegemaran suaminya.

Malah, sambal ini juga boleh tahan lama sekiranya disimpan di dalam bekas yang bertutup. Rasa nak makan, bila-bila saja boleh ambil! Jom cuba resepi di bawah.

Baca juga: Resepi Apam Gula Hangus, Cuma Kukus 10 Minit Dalam Kuali Saja!

SAMBAL IKAN SENGELO MASIN, SEDAP TERANGKAT!

Restocking sambal.

Husband saya ni kalau ada ulam, mesti wajib kena ada sambal. So kita ikut je lah seleranya. Orang tua tua dulu cakap, nak pikat suami kena ikat perut dia dengan masakan kegemarannya. 

Saya ambil resepi mak mertua dari Sarawak. Tumbuk-tumbuk, simpan dalam bekas. Tahan lama. Nak makan, ambil saja.

RESEPI SAMBAL IKAN SENGELO MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan sengelo masin
  • Cili (letak ikut kepedasan)
  • Gula
  • Ajinomoto sikit (saya tak letak)

CARA MEMBUATNYA:

1. Goreng dulu ikan sengelo masin.

2. Tumbuk ikan sengelo masin bersama cili dan gula (ikut rasa tekak nak letak pedas, manis dan masin secara seimbang).

Siappp! untuk dimakan bersama nasi panas.

Sumber: Facebook Irah Erah via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×