Sihat

Doktor Kongsi Amalkan 6 Tips Ini Ketika Menghadapi ‘Stress’

52
SHARES

Melalui rujukan dari portal MyHEALTH, stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi. Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.

Justeru itu, untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai isu stress ikuti butiran terperinci yang dikongsikan oleh Doktor Samhan seperti di bawah. Beliau telah kongsikan mengenai tanda-tanda stres, punca dan tips menghadapinya. Semoga dapat membantu anda hilang dari tekanan.

Baca juga: Ketahui Gejala, Rawatan & Tips Cegah Pembunuh Tanpa Amaran Si ‘Microsleep’

6 TIPS ATASI TEKANAN ATAU STRES!

Gambar hiasan: Google.com.

“Huh,hah,huh,hah,” dadanya berombak. Tangan dan kaki menggeletar. Keringat peluh membasahi dahinya.

“Cik,cik,cik. Buka mata. Dengar arahan saya. Tarik nafas perlahan-lahan kemudian hembus.”

Pada musim covid sebelum ini, selain menerima pesakit yang disyaki covid-19, kami juga terima pesakit yang mengalami gejala Panic Attack dan gelisah akibat tertekan dengan situasi sewaktu itu.

ANTARA TANDA-TANDA TERTEKAN/STRES:

Gambar hiasan: Google.com.

1. Bernafas laju.

2. Otot menjadi tegang.

3. Lenguh leher dan seluruh badan.

4. Pening dan cepat berpeluh.

5. Kebas dan rasa sesemut.

6. Muntah dan cirit birit.

7. Rasa berdebar-debar tanpa sebab.

8. Hilang selera makan.

9. Tidur tak lena.

10. Risau,sedih,geram dan cepat marah.

11. Kemurungan dan lebih suka menyendiri.

ANTARA PUNCA STRES:

Gambar hiasan: Google.com.

  1. Terlalu banyak membaca maklumat yang membimbangkan dan tidak sahih.
  2. Tiada pendapatan(masalah kewangan).
  3. Terlalu risau akan dijangkiti.
  4. Kebosanan tahap melampau.
  5. Kekurangan bekalan asas.
  6. Konflik keluarga (keganasan rumah tangga & penceraian).

Saya faham ramai yang alami tekanan cuma masih terkawal atau tak diceritakan. Stres dan tekanan semasa krisis adalah NORMAL. Yang penting bagaimana kita menguruskan.

6 TIPS UNTUK DIAMALKAN KETIKA MENGHADAPI TEKANAN ATAU STRES

Jadi hari ini, saya beri 6 TIPS patut kalian amalkan ketika menghadapi tekanan atau stress.

Gambar hiasan: Google.com.

1. BACA MAKLUMAT DARI SUMBER SAHIH

Membaca berita dari sumber palsu dan bacaan negatif patut dielakkan. Jangan ragu-ragu untuk UNFOLLOW mereka yang sentiasa memuatnaikkan berita palsu dan status negatif.

2. FOKUS PADA DIRI DAN KELUARGA

Setiap hari tulis dan rancang aktiviti apa anda patut buat. Rutin seharian anda dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat. Lakukan senaman di rumah, makan dan tidur yang cukup dan teratur.

3. HADKAN MASA DENGAN HANDPHONE

Cuba hadkan masa dan rehatkan mata dari handphone, contohnya hanya 2-3jam sehari. Tinggalkan group yang forward berita palsu atau nasihatkan ahli group whatsap/telegram jangan sebar jika tidak pasti kesahihan.

4. ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA

Telefon atau video call keluarga dan rakan-rakan. Berkongsi cerita dan luahan perasaan.

Gambar hiasan: Google.com.

5. TEKNIK PERNAFASAN RELAKSASI

Duduk dalam posisi selasa, pejam mata, tarik nafas, tahan 4 saat dan hembus sampai habis. Lakukan 5-10 kali.

6. DEKATKAN DIRI PADA ALLAH

Banyakkan bersolat, baca quran dan berdoa.

TALIAN KHAS PERKHIDMATAN KAUNSELING

Jika anda perlukan khidmat kaunseling, boleh hubungi Talian Khas Perkhidmatan Kaunseling 15999 atau whatsapp 019-2615999.

Kongsikan tips pada orang lain sebab masih ramai tidak tahu dan mengalami tekanan perasaan.

Sumber: Twitter Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×