Sihat

Ketahui Gejala, Rawatan & Tips Cegah Pembunuh Tanpa Amaran Si ‘Microsleep’

2
SHARES

Tidur mikro atau ‘microsleep’ merujuk kepada situasi tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku dalam tempoh beberapa saat. Ia terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila individu dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.

Microsleep amat berbahaya kerana sering berlaku ketika sedang memandu. Justeru itu, ikuti info di bawah mengenai gejala-gejala microsleep, rawatan dan tips mencegahnya bagi mengelakkan banyak nyawa yang terkorban.

Baca juga: Bila Demam, Batuk, Selsema & Sakit Tekak Doktor Pesan ‘Check’ Telinga, Ini Sebabnya…

GEJALA MICROSLEEP & TIPS MENCEGAHNYA

Jika anda sudah mula tersengguk sengguk dan menguap berulangkali, meningkatkan kelajuan TIDAK akan menyebabkan anda lebih alert. Memasang radio juga tidak dapat membantu ketika otak anda sudah tidak dapat proses segala maklumat dan deria anda mula tidak responsive.

Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng. Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, anda akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.

Untuk mencegah tragedi ngeri:

  • Berhenti di tempat selamat.
  • Lakukan Power Nap sekurang kurangnya 5-20 minit.
  • Berehat setiap 2 jam perjalanan.
  • Tukar pemandu & tolong percayakan isteri untuk menganti tempat pemandu.

Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi orang yang disayangi.

KETAHUI INI ANTARA 7 GEJALA MICROSLEEP

Gambar hiasan: Google.com.

Selain itu, terdapat beberapa gejala microsleep. Melalui perkongsian Public Health Malaysia, 2019, gejala ini agak sukar untuk diketahui kerana anda mungkin sudah terlelap.

Namun antara simptomnya adalah seperti:

  • Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.
  • Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.
  • Terjatuh sesuatu yang dipegang.
  • Kepala terlentuk.
  • Mata lambat berkedip.
  • Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk).
  • Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.

RAWATAN: PELARASAN GAYA HIDUP & RUTIN TIDUR

Umum mengetahui, tidur merupakan aktiviti penting yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan sepanjang hari. Orang dewasa sebenarnya memerlukan 7-9 jam untuk tidur yang mencukupi.

Tambahan pula, pelarasan gaya hidup dan rutin tidur yang betul dapat meningkatkan kualiti tidur. Justeru itu, pastikan anda melakukan empat perkara ini sebelum tidur.

  • Elakkan kafein sebelum tidur.
  • Elakkan terlalu aktif sebelum tidur.
  • Padamkan lampu atau bunyi sekeliling.
  • Pastikan bilik tidur anda pada suhu yang selesa.

INI 8 TIPS MENCEGAH MICROSLEEP SEMASA MEMANDU

Sementara itu, Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan pernah berkongsikan beberapa tips untuk mencegah dari terjadinya microsleep semasa memandu di laman Facebooknya, pada tahun 2020. Mari lihat lapan tips ini seperti perkongsian di bawah.

1. TIDUR SECUKUPNYA SEBELUM MEMANDU

Tidur secukupnya pada malam sebelum perjalanan. Durasi yang baik adalah sekitar 6-8 jam. Jika bertolak tengah hari, tidur la seketika sebelum bertolak. Persediaan sebelum perjalanan adalah perkara penting. Kereta kena selenggara, pandu pun kena terselenggara

2. MINUM KOPI SEBELUM MEMANDU

Kopi mengandungi kafein, iaitu sejenis neuro-stimulant yang boleh mengurangkan rasa letih dan mengantuk. Namun begitu, ada hadnya sejauh mana kita boleh elakkan tidur.

3. REHAT SETELAH 2 JAM MEMANDU

Pihak konsesi lebuh raya telah bina cukup banyak kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta Hentian Sebelah di sepanjang lebuh raya. Gunakan fasiliti ini sebaiknya. Jika mengantuk, berhentilah untuk berehat atau tidur.

4. ELAK MEMANDU LEPAS SUBUH & ZOHOR

Jika seseorang kurang tidur pada waktu malam, masa-masa yang di kenal pasti berisiko tinggi untuk alami microsleep adalah pada waktu selepas Subuh dan sekitar Zohor.

5. DENGAR LAGU YANG MERANGSANG & MENYEGARKAN MINDA

Mainkan lagu yang merangsang minda berfikir, menyegarkan mata. Boleh juga berkaraoke atau mendengar podcast yang menyampai kisah-kisah seram biar tidak ngantuk.

6. GUNAKAN APLIKASI ANTI-TIDUR

Aplikasi anti-tidur boleh dimuat turun dalam telefon pintar (iOS dan Android). Aplikasi ini akan membunyikan amaran(alarm) dan bergetar pada sela masa ditetapkan atau ia menjangka pengguna tertidur. Ada aplikasi yang percuma dan berbayar.

7. GANTI PEMANDU SEKIRANYA ADA

Ganti pemandu jika ada. Jika penumpang nampak pemandu kelihatan seperti mamai dan mengantuk, boleh tawarkan diri memandu (jika ada lesen memandu). Demi kebaikan dan keselamatan semua yang berada di dalam kenderaan.

8. SAKAT ISTERI & DENGAR DIA MEMBEBEL

Bergurau tak salah, namun menyakat sehingga menyakitkan hati pasangan adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan pertengakaran yang akan mengganggu konsentrasi memandu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×