Sihat

10 Tips Confirm Menjadi Ketika Berbuka Puasa Untuk Kawal & Turun Berat Badan!

36
SHARES

Bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi, sudah pastinya menjadi bulan yang diraikan buat umat Islam di seluruh dunia. Mendapat pelbagai kelebihan dan kebaikan yang diperoleh dalam bulan mulia ini, sudah pastinya menjadi tonggak utama mengapa ia dinantikan dengan penuh keterujaan.

Antara kebaikannya dapat mengawal berat badan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Di mana, berat badan berlebihan merupakan faktor risiko kepada masalah pernafasan dan pelbagai lagi penyakit. Oleh itu, mari ikuti tips berbuka puasa untuk kawal dan turun berat badan pada bulan Ramadhan di bawah ini.

Baca juga: Rupanya Ini Cara Nak Tahu Jenis Wheelchair Yang Dijual Di Pasaran, Ada Beza!

10 TIPS CONFIRM MENJADI KETIKA BERBUKA PUASA UNTUK KAWAL & TURUN BERAT BADAN!

Ini antara tips berbuka puasa untuk kekal atau turunkan berat badan di bulan Ramadan.

10 TIPS KETIKA BERBUKA PUASA UNTUK KEKAL & TURUN BERAT BADAN!

1. MULAKAN MAKAN KARBO RINGKAS

Mula makan berbuka dengan sedikit karbo ringkas. Ia terus beri badan tenaga segera.

2. SECAWAN AIR MANIS SUDAH MEMADAI

Cukup secawan air manis, segelas air kosong, sebiji dua kuih atau 2-3 biji kurma.

3. KERJAKAN SOLAT MAGHRIB DAHULU

Tunaikan solat maghrib kemudian baru sambung dengan makanan yang lebih berat.

4. BERBUKA DENGAN 2/3 KEPERLUAN KALORI DIRI

Berbuka dengan 2/3 dari keperluan kalori diri sendiri. Sebaiknya simpan sikit untuk moreh. Contoh 2/3 ialah 1000 kalori, ambil 750 kalori masa berbuka dan 250 lagi waktu moreh.

5. PASTIKAN TERDAPAT SUMBER PROTEIN & SERAT

Jika makan nasi, mee, roti atau karbo lain, pastikan ada protein dan sumber serat sekali. Karbo kembalikan tenaga. Protein kekalkan otot dan serat berikan rasa kenyang dan lama.

6. KAWAL SAIZ HIDANGAN

Ambil portion kecil dulu. Rasa tak cukup baru tambah sikit lagi.

7. 1 HARI 1 NIKMAT HIDUP

Bahagi jadi 30 hari. Hari ni cendol, esok roti john, lusa murtabak.

8. AMBIL MASA UNTUK SIGNAL KENYANG

Dari suapan pertama ambil masa 15-20 minit untuk signal kenyang sampai ke otak.

9. MAKAN DENGAN PERLAHAN

Ia kawal paras gula dalam darah, insulin dan nafsu makan.

10. BERHENTI SEBELUM KENYANG

Berhenti sebelum kenyang dan bangun terus. Lagi lama ada depan makanan, lagi susah berhenti dan berterusan makan.

MAKANLAH DALAM KEADAAN TERKAWAL, JANGAN LAYAN NAFSU LAPAR ANDA

Elak terus belasah makan banyak awal waktu berbuka puasa. Ia bantu kawal paras gula dan insulin dari naik mendadak. Nafsu makan jadi lebih bertenang, mudah nak kawal diri dan dapat elak makan berlebihan.

Cukupkan minum air kosong. Bahagikan dari mula buka puasa sampai waktu moreh.

Berdoa juga sebelum azan. Pesan Nabi S.A.W, ini waktu mustajab untuk doa. Minta pada Allah agar terus kuat semangat dan berjaya turun berat badan pada kali ini.

Begitulah.

Mohd Shahfazreen,

Marhaban Ya Ramadan.

Sumber: Facebook Mohd Shahfazreen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×