Sihat

Berdiri Lama & Tiba-Tiba Pengsan, Doktor Jelas Rupanya Punca Banyak Masalah Kesihatan

70
SHARES

Pernah tak anda mengalami pengsan secara tiba-tiba apabila berdiri terlalu lama? Menurut Doktor Erna Nadia, terdapat pelbagai punca kesihatan yang membuatkan insiden ini terjadi.

Mari baca perkongsian beliau di bawah.

Baca juga: Bukan Je Sedap Tapi Ini ‘Power’ Kacang Botor Untuk Otak Yang Ramai Tak Tahu

BERDIRI LAMA & TIBA-TIBA PENGSAN, DOKTOR JELAS RUPANYA PUNCA BANYAK MASALAH KESIHATAN

Gambar hiasan – ClevelandClinicHealthEssentials

Pengsan sebab berdiri lama? Banyak penyebabnya.

ANTARA PENYEBAB PENGSAN AKIBAT BERDIRI LAMA

1. KEMUNGKINAN MASALAH JANTUNG

Gambar hiasan – Republika

Boleh jadi ada masalah jantung, biasanya jantung lemah yang mana kalau berjalan lebih 50m pun dah penat, nak naik satu tingkat pun tercungap, apatah lagi nak berdiri lama lama di bawah terik mentari dan berpuasa pula tu.

2. KEMUNGKINAN HYPOGLYCEMIA

Boleh jadi juga hypoglycemia di mana kadar gula dalam darah kurang daripada 3.9 mmol/L. Pesakit kencing manis perlu tahu sebab dia sendiri boleh rasa macam mana kalau hypo. Menggigil, berpeluh, jadi tak ketahuan dan memang boleh rebah.

3. KEMUNGKINAN POSTURAL HYPOTENSION

Gambar hiasan – MedicalNewsToday

Postural hypotension di mana tekanan darah apabila duduk dan berdiri tidak sama.

Orang yang memang ada masalah tekanan darah rendah. Dalam medikal ni, yang rendah rendah lebih cenderung membawa maut berbanding yang tinggi tinggi.

Darah rendah, gula rendah, sodium rendah, potassium rendah. Bahaya. Orang ada tekanan darah rendah, memang mudah pengsan even terkejut atau meneran tahi keras sekalipun.

4. KEMUNGKINAN AKIBAT ANEMIA

Kandungan sel darah merah rendah aka anemia pun boleh sebabkan orang pengsan jika terlampau letih. Masalah gastrik yang teruk pun boleh sebabkan pengsan jika berpuasa dan berdiri di bawah terik mentari lama lama.

5. KANSER

Kanser. Bergantung kepada tahap kanser dan keadaan pesakit waktu itu. Jika tengah dalam rawatan chemo atau baru sudah pembedahan, eloklah lebih cakna dan berhati hati.

6. KEMUNGKINAN DEHYDRATED

Gambar hiasan – Self.com/Piranka/GettyImages

Dehydrated melampau pun boleh juga menyebabkan hal begini. Badan yang terlampau kurang air akan buatkan kurang garam mineral dan zat galian juga. Sebab itu boleh sawan atau pengsan.

NASIHAT DOKTOR ERNA NADIA

Nasihat saya simple,

Jika nampak baris tu panjang sangat dan tahu diri sendiri ada masalah atau penyakit yang pelbagai, eloklah cuba datang lain kali atau minta tolong sesiapa belikan. Kasihan beliau, mungkin teringin lama sangat.

Jika anda masih ada ibu bapa, tanyalah khabar mereka ya. Call pun jadilah. Janji tanya. Kot-kot depa ada teringin apa apa, sekarang ni anak duduk di Sabah pun boleh tolong order makanan ibu bapa yang ada di Perlis.

Ambil tahulah tentang kesihatan diri dan keluarga anda.

Jika anda berasa badan sudah tak selesa, rasa berpusing atau berpinar, duduk dan rehat serta beritahu orang yang berada dekat dengan anda waktu itu.

‘Encik-encik. Saya rasa nak pengsan’

‘Awak, saya rasa berpusing sangat’

Benda ni boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Pelajar sekolah yang tengah berdiri tengah panas waktu perhimpunan sekolah atau aktiviti kokurikulum pun selalu berlaku pengsan dan rebah tiba tiba. Kita sebut syncopal attack.

TINDAKAN PERLU DIAMBIL KEPADA ORANG YANG REBAH

Gambar hiasan – ScienceNordic

Kalau nampak ada orang tiba-tiba rebah.

Pergi dan tolong jauhkan dia dari crowd. Biarkan pengudaraan baik untuk dia. Boleh panggil dia atau sapu air pada wajah dia. Telefon ambulance terus atau lebih baik papah dan bawa dia ke hospital terus.

Kalaupun masa panggil tu dia sedar, tetap bawalah dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Jadi, ambil tahu tahap kesihatan anda ya. Jika tak boleh, tak perlu paksa. Cuma pasal solat sahaja, paksalah diri anda sampai jadi terbiasa sampai kalau tertinggal tu rasa menyesal gila.

Sumber: Facebook Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×