Sihat

Bukan Je Sedap Tapi Ini ‘Power’ Kacang Botor Untuk Otak Yang Ramai Tak Tahu

106
SHARES

Kacang botor atau kacang botol merupakan tumbuhan yang tidak asing lagi bagi penggemar ulam-ulaman. Kebiasaannya, orang lama lebih suka makan mentah begitu sahaja lawan dengan sambal belacan dan nasi putih. Memang sedap!

Menurut Doktor Rizal Abu Bakar, kacang botor mempunyai banyak khasiat yang memberi kebaikan kepada otak dan kulit manusia. Jadi tidak hairanlah kulit orang-orang lama sangat cantik kerana percayakan kelebihan yang ada pada tumbuhan hijau ini.

Baca juga: Patutlah Lirik Lagu Yang Sama Selalu Bermain Di Fikiran Non-Stop, Rupanya Ini Sebabnya…

BUKAN JE SEDAP TAPI INI ‘POWER’ KACANG BOTOR UNTUK OTAK YANG RAMAI TAK TAHU

Nama dia taklah cantik sangat. Ada orang kata buruk nama dia ni. Budak budak kalau dengar mesti perli dan gelak.

Kawan kita ni biasanya dipanggil kacang botor. Kacang kelisa di sebelah utara. Kecipir di sebelah Indonesia. Walau namanya tak berapa glamer khasiatnya cukup indah.

Bayangkan 100g kacang botor melebihi jumlah protein soya. Lebih selamat. Tak ada isu dengan GMO bagai. Boleh kata masuk kategori organik.

KHASIAT-KHASIAT KACANG BOTOR

Mungkin ada yang tertanya tanya sesuai tak untuk otak? Sangat sesuai. Dalam kacang botor ada manganese, B6, Thiamin dan riboflavin. Untuk otak, thiamin macam kita hantar kereta untuk servis. Kerja dia buat maintenance fungsi otak.

1. THIAMIN

Kalau thiamin kurang boleh dapat simpton psikiatri. Takut kalau dapat benda berkaitan simptom sakit mental ni. Contoh simptom dia ialah konfius, gangguan memori dan gangguan tidur.

Pentingkan thiamin ni. Kalau makan kacang botor dah settle pasal thiamin ni. Lega satu bab.

2. RIBOFLAVIN

Satu lagi yang power dalam kacang botor ialah riboflavin. Kalau makan benda ada msg yang sebabkan toksin meningkat, riboflavinlah penyelamat. Dia kurangkan kesan excitotoxicity pada otak. Baguskan kacang botor ni.

3. MANGANESE

Satu lagi yang menarik ialah manganese. Dia macam fibre optik untuk internet. Macam 5G lah senang cerita. Kalau 5G bagi laju internet, manganese bagi laju aktiviti elektrik dalam otak. Bukan saja bagi laju tapi bagi jadi lebih efektif.

4. VITAMIN C DAPAT MENCANTIKKAN KULIT

Gambar hiasan – SirapLimau

Vitamin C dalam kacang botor juga tinggi. Bolehlah cantikkan kulit. Lega lah sikit kulit cekang dan takda kedut. Paling bagus vitamin C bantu tingkatkan sistem imun.

SEJENIS TUMBUHAN YANG MUDAH DITANAM

Kacang botor ni nak tanam pun mudah. Harga pula murah. Rebus sahaja lepas buat cicah-cicah. Perrgghhh merecik bak hang. Selepas ini kalau pergi kedai makan, rajin-rajinlah ambil kacang botor ini. Ataupun beli dan masak sendiri. Senang lagi.

Boleh cuba?

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×