Sihat

Patutlah Lirik Lagu Yang Sama Selalu Bermain Di Fikiran Non-Stop, Rupanya Ini Sebabnya…

108
SHARES

“Dengarkanlah. Di sepanjang malam, aku berdoa~”

Anda biasa tak dengar lirik lagu yang sama berulang-kali bermain di fikiran? Kadang-kala buat kita letih pula mendengarnya. Lirik lagu di atas hanya sebagai contoh saja, yang memang sekarang ini sedang popular sentiasa saja keluar di laman-laman sosial terutamanya laman Tiktok.

Situasi ini dinamakan ‘earworms’. Kalau nak tahu lebih lanjut dan hilangkan juga rasa terganggu ini, jom cuba beberapa tips daripada Public Health Malaysia.

Baca juga: Doktor Kongsi 7 Tips Elak Keracunan Makanan, Jangan ‘Main’ Telan Je!

PATUTLAH LIRIK LAGU YANG SAMA SELALU BERMAIN DI FIKIRAN NON-STOP, RUPANYA INI SEBABNYA…

Adakah lirik lagu… “Dengarkan lah…” masih berputar di minda tanpa henti? Ia adalah situasi yang dinamakan Earworms.

“Earworms” ialah lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda. Majoriti individu, mereka tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi sepertiga rasa TERGANGGU atau apabila lagu-lagu ini berulang-ulang di otak sehingga mengganggu ketenteraman.

CIRI-CIRI LAGU EARWORMS

Gambar hiasan – Works2BeWell

Ahli psikologi muzik mendapati lagu-lagu ini lebih pantas dan mempunyai ciri melodi yang ringkas dan panjangnya hanya 15 hingga 30 saat. Muzik bagi ear worm juga mempunyai beberapa selang unik antara nota yang menjadikan lagu menonjol.

TIPS UNTUK MENGHENTIKAN EARWORMS

Gambar hiasan – MappingIgnorance

1. DENGARKAN KESELURUHAN LAGU

Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu “terperangkap pada gelung” di kepala anda.

2. TAMBAH VARIASI LAGU DALAM FIKIRAN

Fikirkan atau dengar lagu lain yanb lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan. Berzikir juga mampu membantu.

3. ABAIKAN

Cuba untuk tidak memikirkannya dan biarkan ia lengap secara semula jadi dengan sendirinya.

4. GULA-GULA GETAH

Apabila mengunyah gula-gula getah sejurus selepas mendengar lagu yang sangat menarik, mereka kurang berkemungkinan diganggu oleh Ear Worm.

5. SIBUKKAN DIRI

ADAKAH IA BAHAYA?

Gambar hiasan – IrishExaminer

Kadangkala ia berlaku dengan gangguan obsesif-kompulsif, sindrom psikotik, sakit kepala migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis — apabila anda terus mendengar bunyi lama selepas ia hilang.

Dalam kebanyakan kes, cacing telinga adalah NEUTRAL , tidak serius, malah mungkin sebahagian daripada proses kreatif otak anda. Cacing telinga yang berterusan (bertahan lebih daripada 24 jam) mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lebih serius.

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan jika ka berterusan.

Sumber: Twitter Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×