Sihat

Doktor Kongsi 7 Tips Elak Keracunan Makanan, Jangan ‘Main’ Telan Je!

3
SHARES

Pada bulan Ramadan sudah semestinya, terdapat banyak bazar yang beroperasi. Dijamu pula dengan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman yang buatkan kita rambang mata. Apa di depan mata semuanya indah belaka.

Namun, harus diingat dalam membuat pilihan juadah, anda mestilah berhati-hati dan teliti dalam memilih makanan supaya tidak menghadapi masalah keracunan makanan. Badan sendiri merana, keluarga pun sama. Kesian nanti. Oleh itu, mari ikuti perkongsian tips yang dibuat oleh Doktor Erna Nadia di bawah.

Baca juga: Doktor Jelaskan Anak Suka Menggesel Gigi Ketika Tidur Bukan Kerana Gangguan Jin, Tapi…

DOKTOR KONGSI 7 TIPS ELAK KERACUNAN MAKANAN, JANGAN ‘MAIN’ TELAN JE!

TIPS UNTUK ELAKKAN KERACUNAN MAKANAN:

1. BAU

Gambar hiasan – Tirto.ID

Jika makanan tersebut berbau pelik, elakkan dari membeli atau makan atau minum. Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.

2. WARNA

Jika warna makanan atau minuman tersebut juga pelik atau lain dari warna sepatutnya, elakkan juga.

3. BERBUIH ATAU BERKELADAK

Jika kuah sudah berbuih atau berkeladak, elakkan dari makan.

4. RASA KERAS ATAU KERING ATAU SEDIKIT GELAP DARI SEPATUTNYA

Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nugget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warna kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan dari makan. Khuatir kalau makanan itu sudah lama dan digoreng semula.

5. JANGAN SIMPAN MAKANAN LEBIH 2 HARI DALAM PETI SEJUK BAWAH

Gambar hiasan – Klik Dokter

Elakkan dari menyimpan makan lebih dari 2 hari di dalam peti sejuk bahagian bawah.

6. TIADA TAHI LALAT ATAU DIHURUNG LALAT

Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.

7. TEKSTUR MAKANAN & MINUMAN

Lihat juga tekstur makanan dan minuman sebelum anda makan atau minum.

PERIKSA DAHULU SEBELUM BELI

Gambar hiasan – Harian Metro

Musim bazar ni, memang kalau boleh, macam nak beli semua. Yang ni sedap yang tu surr sana memikat selera situ bau, buat rusuk eh perut bergetar. Macam macam.

Biasalah kan ni. Perut dah kosong dari pagi, nampak air kosong pun terliur.

Ok saja nak membeli cuma berhati hati. Terutama jika beri makan pada anak kecil atau orang tua.

Pernah ada kes tahun lepas melibatkan berpuluh kematian akibat termakan puding diraja yang dibeli online dan beratus kematian akibat ayam sudah busuk digunakan masa kenduri anak. Pastikan kita periksa makanan dan minuman tu elok-elok sebelum kita makan dan minum.

Masa nak beli pun boleh tengok rupa makanan dan minuman tu macam mana. Jika pelik atau berubah dari kebiasaan, elakkan. Untuk peniaga, berlaku jujurlah dalam berniaga. Kasihan pembeli, mereka dah la lapar, nanti jatuh sakit pula.

Keracunan makanan boleh membawa maut jika teruk. Sebab tu, be careful na. Pastikan juga anda memanaskan makanan dengan betul sebelum makan dan eloklah makan makanan yang fresh.

Sumber: Facebook Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×