Sihat

GISBH Cetus Masalah EARWORMS “Pasar Ikhwan di Putrajaya~” Dalam Fikiran Orang Ramai, Ini 3 Tips Sembuh!

2
SHARES
organisasi GISBH

Semenjak hebohnya kes melibatkan organisasi GISBH, ramai dalam kalangan masyarakat yang mengaku bahawa lirik “pasar Ikhwan di Putrajaya” dari lagu kumpulan tersebut terngiang-ngiang di fikiran mereka. Dek kerana, lagu tersebut semakin bermaharajalela di pelbagai platform media sosial.

Disebabkan itu, timbulnya perasaan kurang senang dalam diri sesetengah individu oleh kerana bait-bait lagu tersebut bukanlah satu perkara yang baik untuk dihafal.

Baca juga: Bang~ AWAS Bawa Mudarat Kencing Berdiri, Cepat-Cepatlah Ubah Tabiat Ini!

ORGANISASI GISBH CETUS ‘EARWORMS’ DENGAN LAGU

organisasi GISBH

Tangkap layar organisasi GISBH sedang menyanyikan lagu tersebut.

Masalah ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian personaliti media sosial yang juga seorang doktor, Dr. Malar Santhi.

Menurut Dr. Malar, situasi teringat-ingat akan sesuatu lagu yang disukai atau tidak sehingga membuatkan ia sering bermain di dalam fikiran dinamakan sebagai earworms.

Katanya, situasi itu terjadi apabila minda asyik mengulangi perkara yang sama tanpa sedar.

“Sekarang ini ramai masyarakat Malaysia alami masalah earworms. Earworms bermaksud satu fenomena yang mana you all terdengar satu lagu dan lagu tu asyik bermain-main di fikiran.

“Tapi you tak suka pun lagu tu, menyampah, benci tapi tak boleh berhenti. Berulang-ulang lagu tu dalam minda anda, itu adalah fenomena earworms.” ujarnya di dalam  Tiktok @drmalarss .

Baca juga: Jangan Terkejut, Ini Sebab Kenapa Orang Boleh Fanatik (Taasub) Dengan Abuya Ashaari GISBH!

Baca juga: Terpalit Isu Panas, Ini 3 Pendakwah Popular Yang Ada Kes Mahkamah, Memang Tak Sangka…

Tiga tips atasi masalah ‘earworms’

Jelas Dr. Malar lagi, ada beberapa cara untuk mengatasi masalah earworms. Di antaranya adalah menyibukkan diri dengan aktiviti lain atau abaikan lagu tersebut dan cuba mendengar lagu lain.

“Pertama cuba sibukkan diri dengan aktiviti lain, yang kedua cuba abaikan janganlah rasa benci sangat.

“Yang ketiga, kaedah paling berkesan sebenarnya adalah cuba dengar lagu lain, yang anda boleh hafal lirik dan anda suka rentak dia.

“Dengar lagu tu kuat sikit, lama sikit supaya lagu baru itu pula masuk dalam minda dan berulang-ulang lagu baru,” katanya.

Justeru itu, Dr. Malar berharap dengan perkongsian tersebut dapat menyembuhkan rakyat Malaysia daripada masalah ini.

@drmalarss

Adalah anda menghidapi masalah EARWORMS? #celotehdrmalar #fyp #fypviral #tiktoknews

♬ original sound – CelotehDrMalar – CelotehDrMalar

MCMC pantau kandungan parodi libatkan GISBH

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi atau jenaka oleh segelintir masyarakat ketika ini.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk menurunkan hantaran berkenaan (parodi), selain mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), polis dan lain-lain.

Baca juga: TERKINI, 8 Sekolah Islam Persendirian Milik GISBH Diarah Tutup Oleh JAIS!

Sumber: Tiktok @drmalarss / Utusan TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×