Sihat

Bang~ AWAS Bawa Mudarat Kencing Berdiri, Cepat-Cepatlah Ubah Tabiat Ini!

5
SHARES
kencing berdiri

Perbuatan membuang air kecil dalam keadaan berdiri, biasa dilakukan oleh ramai lelaki. Namun, tahukah anda amalan kencing berdiri mempunyai kemudaratannya jika dibandingkan dalam posisi duduk atau mencangkung.

Selama ini anda mungkin menganggap, posisi berdiri saat buang air kecil pada lelaki adalah sesuatu yang lumrah kerana ia telah berlaku secara semula jadi. Malah, kebanyakan tandas umum lelaki juga menyediakan tempat berkemih sambil berdiri.

Baca juga: Selalu Berperang Dalam Senyap Antara 6 Sebab Utama Mod Rapuh, Luar Je Tunjuk Kuat!

KENCING BERDIRI

kencing berdiri

Gambar: John Macdougall/AFP/Getty Images

Melalui petikan Harian Metro, kajian pengamal perubatan di Ayurveda Medical menjelaskan bahawa membuang air kecil secara berdiri adalah amalan tidak baik kerana boleh menjejaskan kesihatan lelaki.

Ketua Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital-Cheras Dr Mohd Fadhli Mohd Yusof berkata, keburukan membuang air kecil secara berdiri dapat dilihat daripada aspek kebersihan.

“Membuang air kecil dalam posisi berdiri boleh meningkatkan halaju air kencing yang ketara.

“Ini menyebabkan individu terbabit lebih mudah terkena percikan air kencing yang akan mengotorkan tubuh dan pakaian.

“Malah, tandas turut kotor dengan percikan air kencing berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, daripada aspek kesihatan, kebanyakan mangkuk kencing tidak dilengkapi dengan punca air untuk tujuan mencuci kemaluan menyebabkan ramai tidak atau jarang mencuci kemaluan dengan bersih selepas membuang air kecil secara berdiri.

“Kemaluan yang tidak dicuci dengan bersih akan meningkatkan risiko jangkitan di kawasan kemaluan seperti kandidiasis (jangkitan fungus) dan balanitis (jangkitan pada bahagian kepala zakar),” katanya.

Baca juga: Tenaga Batin Lelaki Lemah Angkara 5 Makanan Ini, Terkejut Yang No.1 Tu!

Baca juga: 7 Punca ‘Barang Dalam Seluar’ Abang Bau Kurang Enak, Sampai Naik Segan Dengan Isteri!

Posisi sesuai untuk lelaki membuang air kecil

Menurutnya, posisi paling sesuai bagi lelaki membuang air kecil ialah duduk atau mencangkung.

“Pada kedudukan ini kedua-dua tapak kaki mencecah lantai, badan membongkok sedikit ke hadapan dan lutut dalam keadaan bengkok.

“Selain itu, dalam posisi ini, otot bahagian bawah abdomen, otot pelvis dan otot belakang badan berada dalam keadaan rehat yang maksimum,” katanya.

Manfaat membuang air kecil secara mencangkung

Sekumpulan penyelidik di Leiden University Medical Center, Belanda mendedahkan lelaki yang membuang air kecil secara mencangkung dapat mengosongkan pundi kencing mereka sepenuhnya.

Jelasnya, manakala membuang air dalam keadaan berdiri, otot pelvis berada dalam keadaan tegang dan ia menyukarkan air kencing keluar sepenuhnya.

Posisi duduk terbukti baik untuk lelaki pesakit LUTS

Dr Mohd Fadhli berkata, setakat ini tiada kajian menunjukkan amalan membuang air secara duduk lebih baik berbanding berdiri bagi seorang lelaki sihat.

“Namun, bagi pesakit yang mengalami masalah gejala saluran kencing yang lebih rendah (LUTS) seperti pembengkakan kelenjar prostat, membuang air kecil dalam posisi duduk terbukti lebih baik daripada berdiri.

“Ini kerana, pada posisi duduk, otot-otot pelvis berada dalam keadaan rehat yang memudahkan pengeluaran air kencing dan sisa air kencing tidak tertinggal dalam pundi kencing,” katanya.

Menurut beliau, air kencing yang tertinggal dalam pundi kencing akan meningkatkan risiko mendapat jangkitan pundi kencing dan masalah batu karang bagi pesakit LUTS.

Baca juga: AWAS! Ada Bahaya Tersembunyi Kalau ‘Bersama’ Pakai Air Liur, Risiko No.1 Paling Menakutkan!

Sumber: Harian Metro

FT Image: iStock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×