Bukan sedikit pasangan yang menggunakan air liur sebagai pelincir ketika melakukan hubungan seksual. Di mana, penggunaannya dianggap lebih praktikal berbanding minyak pelincir yang dijual di pasaran
Tetapi sebelum itu, anda perlu tahu tentang keselamatan penggunaan air liur di faraj sebagai agen pelincir seks.
Baca juga: 3 Manfaat Berjimak Ketika Badan Tak Sihat, Pakar Kata Capai ‘Orgasm’ Bantu Lawan Penyakit!
AIR LIUR SEBAGAI AGEN PELINCIR
Melalui portal Doctor On Call, perbuatan menggunakan air liur mulut sebagai pelincir seks adalah sangat tidak digalakkan. Hal ini kerana, ia berisiko untuk menyebabkan jangkitan kuman pada mulut (hasil daripada pemakanan atau udara yang masuk ketika bercakap) menjangkiti faraj anda.
Menurut sumber, anda disarankan untuk menggunakan pelincir seks yang lebih selamat di farmasi terutamanya yang berasaskan air.
Namun, tidak digalakkan pelincir yang mempunyai glycerin kerana ia boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan kulat.
Selain itu, pelincir silicon dipercayai mempunyai bahan kimia cyclomethicone, cyclopentasiloxane dan cyclotetrasiloxane yang boleh menyebabkan kanser rahim dalam jangka masa panjang.
“Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat,” tulis Dr. Nur Syuhada binti Zulkifli di entri tersebut.
Baca juga: Besarkan Zakar Dalam Islam, Boleh Ke Tidak? Orang Lelaki Kena Tahu Hukumnya!
RISIKO BURUK
Sementara itu, melalui portal Alo Dokter, terdapat beberapa risiko buruk yang mungkin terjadi sekiranya sering menggunakan air liur sebagai pelincir.
1. Meningkatkan risiko mendapat penyakit kelamin
Risiko yang mungkin berlaku jika anda kerap menggunakan air liur sebagai pelincir seksual ialah dijangkiti penyakit kelamin (STD).
Sebagai contoh, jika pasangan anda menghidap herpes di dalam mulut dan kemudian menggunakan air liurnya sebagai pelincir semasa melakukan hubungan seks, kemungkinan besar anda akan dijangkiti herpes di kawasan kemaluan.
Bukan sahaja herpes, gonorea, sifilis, klamidia dan trikomoniasis juga merupakan bentuk penyakit kelamin yang boleh disebarkan melalui air liur.
2. Menyebabkan jangkitan pada faraj
Air liur mengandungi bakteria dan enzim pencernaan yang berfungsi untuk memecahkan nutrien dalam makanan.
Jika bakteria dan enzim pencernaan memasuki faraj, keseimbangan mikroorganisma dalam faraj boleh terganggu. Keadaan ini boleh menyebabkan anda mengalami kandidiasis faraj dan vaginosis bakteria.
3. Mengurangkan keupayaan sperma untuk bergerak
Penyelidikan membuktikan bahawa penggunaan sejumlah besar air liur sebagai pelincir seks boleh mengurangkan keupayaan sperma untuk bergerak. Ini akan mengurangkan peluang untuk sperma berjaya sampai ke tiub fallopio dan menyuburkan telur.
Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, keadaan ini hanya berlaku pada lelaki yang mengalami penurunan kualiti sperma. Pada lelaki yang masih mempunyai kualiti sperma yang baik, ini mungkin tidak berlaku.
Baca juga: Sebab Wanita Bujang Cepat Jatuh Cinta Dengan Suami Orang, 4 Faktor Ini Lelaki Bujang TIADA!
Kesimpulan
Air liur bukanlah pelincir yang selamat untuk digunakan semasa hubungan seksual. Selain memberi kesan kepada kesihatan faraj, penggunaan air liur sebagai pelincir juga boleh mengurangkan kualiti sperma.
Menggunakan air liur sebagai pelincir adalah tidak digalakkan, terutamanya jika anda ingin cepat hamil. Oleh itu, lebih baik menggunakan produk pelincir faraj yang dijual dipasaran dan mengelakkan pelincir yang mengandungi pewangi dan paraben.
Boleh juga mendapatkan nasihat pakar tentang pelincir apa yang selamat untuk digunakan semasa hubungan seksual. Selain itu, pastikan anda dan pasangan melakukan hubungan seksual yang selamat dan selesa antara satu sama lain.
Baca juga: Letak Bantal Bawah Punggung Semasa ‘Bersama’ Khabarnya Bantu Hamil Cepat, Mitos Ke Fakta?
Sumber: Doctor On Call / Alo Dokter