Sihat

5 Jenis Pelincir Atasi Masalah Faraj Kering, Bila Isteri Guna Baru ‘Smooth’ & Padu!

10
SHARES
pelincir faraj

Jangan hairan jika anda rasa sakit pada kawasan kemaluan ketika melakukan hubungan seksual bersama suami kerana ia adalah keadaan normal yang boleh berlaku. Hal ini disebabkan luka yang terjadi pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Kalau nak tahu, kesakitan ini boleh dikurangkan dengan menggunakan pelincir faraj.

Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, antara punca luka tersebut terjadi apabila wanita belum cukup dirangsang sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan zakar ke dalam faraj.

Baca juga: Hilang Nafsu Untuk ‘Bersama’ Pasangan? Ambil 6 Buah Ini Untuk Hubungan Kembali Hangat!

PELINCIR FARAJ KERING

pelincir faraj

Gambar: freepik

Ulasnya lagi, kemasukan batang zakar ke dalam faraj tanpa lendiran boleh menyebabkan rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual. Maka disebabkan itu, adalah lebih baik jika kaum isteri menggunakan pelincir faraj ketika berhubungan intim.

Selain memberikan kenikmatan dan kepuasan ketika bersama suami, pelincir faraj juga boleh digunakan untuk melembapkan faraj yang kering.

Baca juga: 5 Posisi Sek* Untuk Zakar Saiz Kecil, Pasti Lebih Lama Atas Katil!

Terdapat pelbagai jenis pelincir yang dijual dan mudah didapati di pasaran, antaranya seperti berikut:

1. Pelincir berasaskan air dan mengandungi gliserin

  • Sejenis pelincir berasaskan air bercampur gliserin sintetik yang menyebabkan rasanya sedikit manis
  • Ia pelincir mudah kering, jadi boleh campurkan sedikit air atau air liur (saliva) pada kawasan yang telah disapu untuk menjadi licin semula
  • Kosnya murah dan tidak membocorkan kondom dan mengotorkan kain
  • Namun, gliserin sintetik boleh menyebabkan jangkitan kulat dalam faraj jika digunakan selalu
  • Malah, produk ini mengandungi parabens atau propilena glikol yang mampu menyebabkan kulit beruam
  • Contoh produk: Astroglide dan K-Y Jelly

2. Pelincir berasaskan air dan tidak mengandungi gliserin

  • Pelincir ini sesuai buat wanita yang kerap dijangkiti kulat kerana tidak mengandungi gliserin sintetik
  • Kelebihannya lebih tahan lama berbanding pelincir yang mempunyai gliserin
  • Selain itu, ia dapat mengurangkan radang dan ruam kemaluan
  • Selamat digunakan bersama kondom dan tak mengotorkan kain
  • Disebabkan tidak mempunyai gliserin rasanya lebih pahit
  • Contoh produk: Maximus, Ultra Glide dan Liquid Silk

Baca juga: 5 Doa Suami Isteri Ketika Bersetubuh, Ingat Keluar Air Mani Kena Baca Doa No. 3!

3. Pelincir berasaskan silikon

  • Pelincir ini sering digunakan oleh wanita yang mengalami kekeringan kerana ia boleh bertahan tiga kali lebih lama dari pelincir lain
  • Ia tidak berbahaya dan tidak menyebabkan alahan
  • Harganya lebih mahal
  • Perlu dibersihkan dengan sabun dan air
  • Selamat digunakan bersama kondom
  • Contoh produk: Eros dan Wet Platinum

4. Pelincir berasaskan minyak asli (semula jadi)

  • Pelincir berasaskan minyak asli ini biasa digunakan untuk memasak
  • Ia adalah pelincir terbaik kerana sifatnya yang natural dan selamat digunakan sebagai sapuan pada kemaluan (vulva) dan dalam faraj
  • Tidak menyebabkan sebarang alahan
  • Contoh produk: minyak kelapa dan minyak zaitun

5. Pelincir berasaskan minyak sintetik

  • Boleh digunakan sebagai pelincir vagina
  • Ia cuma boleh menyebabkan ruam pada kemaluan dan merosakkan kondom.
  • Contoh produk: Vaseline

Baca juga: 5 Tips Goda Pasangan Edisi Malam Jumaat, Sampai Esok Fikiran Melayang Sebab Terbayang!

Kesimpulan

Diingatkan buat pembaca, pelincir yang dicadangkan hanyalah sebagai bantuan sementara dan ia bukanlah rawatan bagi masalah kekeringan faraj. Di mana, pelincir tersebut untuk mengurangkan rasa tidak selesa ketika melakukan hubungan seksual dan mengekalkan kelembapan faraj sahaja.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor yang bertauliah untuk memastikan punca kepada masalah kekeringan faraj yang dihadapi.

Baca juga: Walaupun Bekerjaya Masa Dengan Keluarga No.1, Kerja Rumah Sampai Bila Pun Tak Habis!

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad

FT Image: Megan Madden/Refinery29 – Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×