Sihat

Terasa Pedih Bila Bersama Kerana Vagina Terlalu Kering, Usah Risau Atasi Dengan Cara Ini

33
SHARES
penjagaan vagina kering

Sekiranya anda merasa sakit pada alat sulit wanita iaitu vagina sewaktu bersenggama, itu mungkin adalah tanda anda sedang mengalami kekeringan vagina. Kekeringan vagina boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang wanita itu. Jadi, penjagaan vagina kering amatlah penting kepada setiap wanita.

Justeru itu, ikuti penulisan di bawah mengenai maksud kekeringan vagina dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini.

Baca juga: Ini 10 Kesalahan Dalam Solat Yang Mungkin Terlepas Pandang, Mari Betulkan!

PENJAGAAN VAGINA WANITA YANG KERING!

penjagaan vagina kering

Kekeringan vagina adalah simptom menyakitkan yang menjejaskan kualiti hidup seseorang. Ia boleh menyebabkan kesakitan semasa duduk, bersenam, kencing dan hubungan seksual. Biasanya, lapisan vagina anda dilincirkan dengan cecair yang membantu mengekalkannya tebal dan anjal.

Kekeringan vagina berlaku apabila tisu dalam vagina anda kering, nipis dan tidak lembap dengan baik. Ini membawa kepada ketidakselesaan, terutamanya semasa hubungan seks.

Masalah ini berlaku tanpa mengenal usia. Ia paling biasa berlaku pada wanita baru lepas bersalin atau selepas menopaus apabila tahap estrogennya menurun.

Hormon estrogen membantu mengekalkan lapisan faraj anda lembap dan sihat. Tahap estrogen yang rendah menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini adalah keadaan biasa menopaus yang dipanggil atrofi faraj.

Oleh itu, banyak rawatan yang selamat dan berkesan tersedia untuk kekeringan faraj seperti di bawah.

PENJAGAAN VAGINA KERING ATASI DENGAN TIPS INI

Terdapat banyak rawatan yang tersedia untuk kekeringan faraj dan masalah persetubuhan menyakitkan (dispareunia) yang berkaitan dengan kekeringan faraj.

A. UBAT-UBATAN

Ubat berfungsi, sama ada menggantikan atau bertindak seperti estrogen dalam badan anda. Ia tersedia melalui preskripsi sahaja.

penjagaan vagina kering

1. KRIM, CINCIN ATAU TABLET ESTROGEN DOS RENDAH

  • Fungsi ubat-ubatan ini untuk menggantikan estrogen dalam badan.
  • Krim dan tablet disapu terus ke dalam faraj menggunakan aplikator. Guna hari-hari sehingga pulih dan mingguan mengikut keperluan.
  • Cincin mempunyai kandungan estrogen diletakkan ke dalam faraj sehingga 3 bulan sebelum diganti baharu.

2. OSPEMIFENE (OSPHENA)

  • Dipanggil sebagai modulator reseptor estrogen terpilih (SERMS) dan diambil melalui mulut.
  • Fungsi seperti estrogen dalam badan.
  • Merawat seks yang menyakitkan berkaitan dengan atrofi faraj.

3. DEHYDROEPIANDROSTERONE (DHEA)

  • Bertindak seperti estrogen dalam badan.
  • Suppositori faraj yang membantu seks menyakitkan pada individu yang menopaus.

Disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor tentang risiko dan faedah ubat-ubatan ini. Hal ini kerana, estrogen mungkin tidak selamat untuk orang yang pernah menghidap kanser payudara atau yang berisiko tinggi mendapat kanser payudara.

B. PELINCIR & PELEMBAB

Pelincir dan pelembap boleh didapati tanpa preskripsi dan boleh dibeli di kedai ubat atau runcit. Kedua bahan ini berfungsi dengan menambah tisu faraj dan menjadikannya basah, yang boleh membantu melegakan kesakitan semasa berjimak.

Selain itu, jangan menggunakan pelembap yang berfungsi untuk muka dan badan pada faraj.

penjagaan vagina kering

1. PELEMBAP FARAJ

Sapukan pelembap faraj ke bahagian dalam faraj anda untuk beberapa hari. Ia bagi memastikan lapisan faraj anda sihat.

2. PELINCIR FARAJ

Sapukan pelincir sejurus sebelum hubungan seksual bagi mengurangkan ketidakselesaan ketika melakukan seks.

C. BAHAN SEMULA JADI

penjagaan vagina kering

1. MINYAK SEMULAJADI

  • Biji anggur.
  • Zaitun.
  • Minyak sayuran.
  • Minyak bunga matahari
  • Minyak kelapa

Minyak-minyak ini merupakan bahan yang mudah didapati di dapur rumah anda yang mungkin selamat untuk masalah kekeringan faraj. Minyak semula jadi harus digunakan sebagai pelincir luaran sebelum bersenggama.

Walau bagaimanapun, pelincir berasaskan minyak boleh merosakkan kondom. Sekiranya, anda sudah berada di usia kemuncak reproduktif (iaitu antara wanita berusia lewat remaja dan lewat 20-an), gunakan pelincir berasaskan air sahaja.

2. FOREPLAY (RINGAN-RINGAN)

Sesetengah pakar mengesyorkan rangsangan seksual yang kerap untuk membantu menggalakkan tisu faraj anda menjadi lembap. Lakukan foreplay iaitu tindakan intim (bercumbu dan meramas payudara) secara emosi dan fizikal antara pasangan bagi tujuan untuk menimbulkan rangsangan seksual dan keinginan untuk bersenggama.

Hal ini kerana, kelembapan faraj bersangkut-paut dengan rangsangan. Justeru itu, anda dan pasangan perlu mencari cara untuk meningkatkan keseronokan syahwat sebelum bersenggama.

Sumber: Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×