Sihat

Asyik Tergaru-Garu Vagina Akibat Gatal? Ketahui Punca & Cara Mengatasinya

13
SHARES
cara hilangkan gatal faraj

Anda tahu apa yang lebih teruk daripada mengalami kegatalan faraj? Ia apabila, anda sendiri tidak mengetahui apa yang menyebabkannya. Malah, anda juga tidak tahu cara hilangkan gatal faraj.

Terdapat banyak kemungkinan penyebab kegatalan faraj, termasuk kerengsaan kulit, jangkitan yis, atau menopaus. Mengetahui sebab faraj anda gatal adalah langkah pertama untuk melegakan.

Baca juga: Waktu Sesuai Nak ‘Bersama’ Ketika Bulan Puasa, Barulah Cik Suami Tak Kena Puasa 2X!

KEGATALAN FARAJ

cara hilangkan gatal faraj

Realitinya, kegatalan faraj adalah perkara normal dan kebiasaannya disebabkan oleh perkara yang kurang serius seperti bahan dalam produk atau perubahan hormon.

Namun, itu bukan bermakna kegatalan faraj bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Hal ini kerana, ia kadangkala boleh menjadi tanda kepada masalah serius seperti jangkitan kelamin (STD) dan juga kanser vulva ((jarang sekali).

Justeru itu, mari kita selami pelbagai kemungkinan penyebab kepada kegatalan faraj atau vulva dan cara mendapatkan rawatan.

PUNCA BERLAKUNYA JANGKITAN FARAJ

1. KERENGSAAN

Bahan perengsa kimia seperti terdapat dalam produk harian yang bersentuhan dengan faraj dan vulva, boleh mencetuskan alahan. Ia dikenali sebagai dermatitis kontak. Bahan kimia tersebut seperti alkohol, pewarna, wangian dan lain-lain.

Jika kerengsaan adalah puncanya, vulva dan faraj anda akan mengalami:

  • Kegatalan.
  • Kemerahan.
  • Sakit.

Produk yang sering mengandungi perengsa tersebut termasuklah:

  • Sabun, gel mandian dan mandian buih.
  • Semburan wanita.
  • Douches.
  • Kontraseptif topikal seperti spermisida dan Phexxi.
  • Krim, losyen, dan ubat sapu.
  • Bahan pencuci.
  • Pelembut fabrik.
  • Kertas tandas wangian.
  • Pad dan pelapik wangian.

2. JANGKITAN YIS

Yis ialah kulat semula jadi yang biasanya terdapat dalam faraj. Ia biasanya tidak menyebabkan masalah. Namun, pertumbuhan kulat dalam faraj, di tempat yang tidak sepatutnya, boleh mengakibatkan simptom yang tidak selesa termasuk:

  • Kegatalan.
  • Rasa sensasi terbakar ketika kencing.
  • Keputihan tebal.
  • Berkulat.

3. VAGINOSIS BAKTERIA

cara hilangkan gatal faraj

Vaginosis bakteria (BV) adalah berbeza dengan jangkitan yis kerana ia bukan jangkitan. BV berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan bakteria yang berlaku secara semula jadi dalam faraj.

Keadaan ini tidak selalu menyebabkan gejala. Tetapi apabila gejala muncul, ia menunjukkan:

  • Kegatalan faraj.
  • Keputihan yang tidak normal dan berbau hanyir.
  • Keputihan nipis, kelabu kusam atau putih.

4. JANGKITAN KELAMIN (STD)

Terdapat beberapa STD yang boleh menyebabkan kegatalan faraj, termasuklah:

  • Klamidia.
  • Ketuat alat kelamin.
  • Gonorea.
  • Herpes genital.
  • Trikomoniasis.

STD juga boleh menyebabkan gejala lain, termasuk:

  • Keputihan luar biasa.
  • Kencing yang menyakitkan.
  • Luka pada kemaluan.

5. MENOPAUS

Penurunan estrogen yang berlaku semasa perimenopause (fasa sebelum menopaus) dan menopaus meningkatkan risiko kegatalan faraj.

Ini kerana kekurangan estrogen menyebabkan:

  • Tisu vulva dan faraj menjadi lebih nipis, kering dan kurang anjal.
  • Kekeringan faraj mengakibatkan kegatalan dan kerengsaan.
  • Seks jadi menyakitkan dan berdarah selepas seks.

CARA HILANGKAN GATAL FARAJ

cara hilangkan gatal faraj

Anda harus berjumpa doktor, sekiranya kegatalan faraj berterusan selama lebih daripada seminggu atau kegatalan anda disertai dengan gejala lain, seperti:

  • Ulser atau lepuh pada vulva.
  • Sakit di kawasan kemaluan.
  • Kemerahan atau bengkak alat kelamin.
  • Sukar buang air kecil.
  • Keputihan yang luar biasa.
  • Ketidakselesaan semasa hubungan seksual.

Doktor akan menyarankan beberapa ubat seperti ubat antikulat, antibiotik, krim astrogen, krim steroid atau losyen dan sebagainya bagi merawat punca-punca masalah di atas.

Manakala, berikut ialah beberapa perkara anda boleh lakukan sendiri untuk membantu mencegah kegatalan faraj dan mengekalkan kesihatan faraj yang baik:

  • Gunakan air suam untuk mencuci bahagian sulit.
  • Elakkan sabun wangi, losyen dan mandian buih.
  • Elakkan menggunakan semburan dan douch faraj.
  • Tukar pakaian basah atau lembap sejurus selepas berenang atau bersenam.
  • Pakai seluar dalam kapas dan tukar setiap hari.
  • Gunakan barrier method semasa melakukan hubungan seks.
  • Lakukan ujian STD bersama pasangan.
  • Sentiasa lap dari arah depan ke belakang untuk menjauhkan bakteria najis daripada vulva dan faraj.

KESIMPULAN

Kegatalan faraj memang memberikan rasa yang tidak selesa, tetapi kebiasaannya kondisi ini tidak serius. Selalunya, faraj atau vulva yang gatal akan bertambah baik dengan perubahan gaya hidup. Jika anda berasa bimbang, jangan teragak-agak berhubung dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×