Sihat

Ketahui Tanda Faraj Tidak Sihat & Tips Menjaga Mahkota Wanita Yang Satu Itu

43
SHARES
tanda faraj tidak sihat

Kesihatan faraj adalah bahagian penting dalam keseluruhan kesihatan para wanita. Masalah keputihan boleh menjejaskan kesuburan, keinginan untuk seks dan keupayaan untuk mencapai klimaks (orgasm). Disebabkan itu sebagai wanita anda perlu mengetahui tanda faraj tidak sihat.

Isu kesihatan faraj yang berterusan juga boleh menyebabkan tekanan atau masalah perhubungan dan menjejaskan keyakinan diri. Ketahui tanda-tanda dan gejala masalah keputihan serta tips melindungi kesihatan faraj anda seperti disiarkan oleh Mayo Clinic.

Baca juga: Ini 11 Tanda Paling Mudah Nak Tahu Anda Kini Berbadan Dua, Tahniah Ibu!

KESIHATAN FARAJ MAHKOTA PENTING WANITA

tanda faraj tidak sihat

Gambar: MayoClinic

TANDA FARAJ TIDAK SIHAT: APA YANG MENJEJASKAN KESIHATANNYA?

Faraj adalah saluran otot tertutup yang memanjang dari luar kawasan kemaluan wanita (vulva) hingga ke leher rahim (serviks). Pelbagai faktor boleh menjejaskan kesihatan faraj, antaranya:

1. SEKS

Seks tanpa perlindungan boleh mengakibatkan jangkitan seksual. Seks secara paksa atau kecederaan pada kawasan pelvis boleh mengakibatkan trauma faraj.

2. KEADAAN KESIHATAN & RAWATAN TERTENTU

Dalam sesetengah keadaan, seperti endometriosis dan penyakit radang pelvis, boleh menyebabkan seks yang menyakitkan.

Parut dari pembedahan pelvis dan rawatan kanser tertentu juga boleh menyebabkan seks yang menyakitkan. Penggunaan beberapa antibiotik meningkatkan risiko jangkitan yis faraj.

3. KAWALAN KELAHIRAN & PRODUK KEBERSIHAN VAGINA

Alat kontrasepsi seperti kondom, diafragma dan spermisida yang berkaitan boleh merengsakan faraj. Penggunaan semburan, deodoran atau douch pada kemaluan boleh menyebabkan atau memburukkan lagi kerengsaan.

4. KEHAMILAN & BERSALIN

Keputihan sering meningkat semasa mengandung. Koyakan faraj merupakan perkara biasa semasa bersalin.

Dalam sesetengah kes, hirisan yang dibuat pada tisu pembukaan faraj semasa bersalin (episiotomi) amat diperlukan. Bersalin secara normal juga boleh mengurangkan otot faraj.

5. ISU PSIKOLOGI

Kebimbangan dan kemurungan boleh menyumbang kepada tahap rangsangan yang rendah dan mengakibatkan ketidakselesaan atau kesakitan semasa hubungan seks.

Trauma seperti penderaan seksual atau pengalaman seksual yang menyakitkan juga boleh menyebabkan kesakitan yang berkaitan dengan seks.

6. TAHAP HORMON

Perubahan pada tahap hormon boleh menjejaskan faraj. Sebagai contoh, pengeluaran estrogen menurun selepas menopaus dan semasa penyusuan. Kehilangan estrogen boleh menyebabkan lapisan faraj menjadi nipis (atrofi faraj), menjadikan seks itu menyakitkan.

MASALAH KEPUTIHAN YANG SERING TERJADI

tanda faraj tidak sihat

Gambar hiasan: Google.

1. MASALAH SEKSUAL

Ini mungkin termasuk sakit yang berterusan atau berulang sejurus sebelum, semasa atau selepas hubungan seks (dispareunia). Sakit semasa penetrasi mungkin disebabkan oleh kekejangan otot dinding faraj (vaginismus).

Otot-otot di dasar pelvis boleh menjadi tegang, menyebabkan sakit kronik dan sakit semasa persetubuhan. Kekeringan faraj selalunya berlaku selepas menopaus, juga boleh menyebabkan kesakitan semasa persetubuhan.

2. JANGKITAN SEKSUAL

Pelbagai jangkitan seksual boleh menjejaskan faraj termasuk klamidia, gonorea, ketuat alat kelamin, sifilis dan herpes alat kelamin. Tanda-tanda mungkin termasuk keputihan yang tidak normal atau luka kemaluan.

3. VAGINITIS

Jangkitan atau perubahan dalam keseimbangan normal yis faraj dan bakteria boleh menyebabkan keradangan faraj (vaginitis). Gejala termasuk keputihan, berbau, gatal dan sakit. Jenis vaginitis yang biasa termasuk vaginosis bakteria, jangkitan yis dan trikomoniasis.

4. KELONGGARAN DASAR PELVIS

Jika ligamen penyokong dan tisu penghubung yang menahan rahim dan dinding faraj menjadi lemah, rahim, pundi kencing, rektum atau dinding faraj mungkin tergelincir ke bawah (prolaps). Ini mungkin menyebabkan bonjolan pada faraj atau kebocoran air kencing semasa batuk dan bersin.

5. KEADAAN LAIN YANG JARANG BERLAKU

Pembengkakan faraj (vaginal cysts) boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks atau menyukarkan untuk memasukkan tampon. Kanser faraj, yang mungkin pertama kali muncul sebagai pendarahan faraj selepas menopaus atau hubungan seks yang di mana merupakan kemungkinan yang jarang berlaku.

TANDA FARAJ TIDAK SIHAT

tanda faraj tidak sihat

Gambar hiasan: Pinterest.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda vagina yang tidak sihat seperti di bawah, segera rujuk dengan doktor yang berkaitan.

  • Perubahan warna, mempunyai bau kurang enak atau jumlah keputihan yang luar biasa.
  • Kemerahan atau gatal-gatal pada faraj.
  • Pendarahan faraj antara haid, selepas hubungan seks atau selepas menopaus.
  • Bonjolan pada faraj.
  • Rasa sakit semasa persetubuhan.

TIPS MELINDUNGI KESIHATAN FARAJ

Anda boleh mengambil langkah-langkah penjagaan untuk melindungi kesihatan faraj dan kesihatan keseluruhannya.

tanda faraj tidak sihat

Gambar hiasan: Brizmaker – AdobeStock.

1. BERTANGGUNGJAWAB SECARA SEKSUAL

Gunakan kondom atau kekalkan hubungan monogami (satu pasangan sahaja) bersama dengan pasangan yang bebas daripada jangkitan seksual. Jika anda menggunakan alat mainan seks, bersihkannya selepas setiap penggunaan.

2. DAPATKAN VAKSIN

Vaksinasi boleh melindungi anda daripada HPV, virus yang dikaitkan dengan kanser serviks serta hepatitis B seperti jangkitan hati yang serius di mana ia boleh merebak melalui hubungan seksual.

3. LAKUKAN SENAMAN KEGEL

Senaman kegel boleh membantu menguatkan otot lantai pelvis jika anda mengalami prolaps, air kencing bocor atau lemah pada dasar pelvis.

4. HADKAN JUMLAH MINUMAN ALKOHOL & JANGAN MEROKOK

Penyalahgunaan alkohol secara berlarutan boleh menjejaskan fungsi seksual. Nikotin mungkin menjejaskan rangsangan seksual. Penyalahgunaan bahan mungkin juga menyebabkan kesihatan fizikal dan mental lemah, yang boleh menjejaskan fungsi seksual.

Walaupun tidak semua masalah keputihan boleh dicegah, pemeriksaan biasa boleh membantu memastikan masalah yang menjejaskan faraj didiagnosis secepat mungkin.

Jangan biarkan rasa malu menghalang anda daripada berjumpa doktor untuk menzahirkan tentang kebimbangan berkenaan kesihatan faraj.

Sumber: Mayo Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×