Sihat

Tiba-Tiba Rasa Tak Selesa Celah Faraj, AWAS Mungkin Rahim Jatuh, Ini Puncanya!

41
SHARES
punca peranakan jatuh

Rahim jatuh atau peranakan jatuh merupakan masalah yang dihadapi oleh wanita. Ia bukan sahaja boleh terjadi kepada wanita selepas hamil malah wanita bujang juga boleh mengalaminya, sekiranya tidak tahu punca peranakan jatuh.

Selain kerap mengangkat barang berat, terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan peranakan jatuh berlaku, sebagaimana yang disiarkan portal Mayo Clinic. Jom lihat penerangan di bawah dengan lebih lanjut.

Baca juga: Tengah Datang ‘Period’, Ini 13 Jenis Makanan Yang Baik Semasa Haid, Perempuan Wajib Tahu!

APA ITU PERANAKAN JATUH?

punca peranakan jatuh

Gambar hiasan: MuratDeniz – iStock.

Rahim jatuh, peranakan jatuh atau prolaps rahim adalah keadaan dimana organ rahim turun ke arah atau ke dalam faraj. Ia berlaku apabila otot dan ligamen lantai pelvis menjadi lemah sehingga tidak mampu menyokong rahim. Kesannya, rahim ini boleh menurun hingga ke bahagian bukaan faraj.

PUNCA PERANAKAN JATUH

punca peranakan jatuh

Gambar: TheDiagnosa.com

Peranakan jatuh yang berlaku boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:

  • Bersalin melalui faraj.
  • Umur semasa bersalin pertama (wanita lebih tua lebih berisiko mengalami kecederaan lantai pelvis).
  • Sukar bersalin atau trauma semasa bersalin.
  • Bersalin bayi besar.
  • Berat badan berlebihan.
  • Paras estrogen menurun selepas menopaus.
  • Sembelit kronik atau meneran dengan pergerakan usus.
  • Batuk kronik atau bronkitis.
  • Mengangkat berat berulang kali.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO PERANAKAN JATUH

punca peranakan jatuh

Gambar hiasan: Google.

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko prolaps rahim termasuklah:

  • Melahirkan bayi melalui faraj atau bayi bersaiz besar.
  • Mempunyai bayi pertama ketika sudah lanjut usia.
  • Penuaan.
  • Obesiti.
  • Pembedahan pelvis sebelum ini.
  • Sembelit kronik atau sering meneran semasa membuang air besar.
  • Faktor genetik yang mendorong kepada berlakunya kelemahan pada tisu penghubung
  • Batuk kronik (akibat merokok).

PENCEGAHAN DARI BERLAKUNYA PERANAKAN JATUH

punca peranakan jatuh

Gambar hiasan: FarknotArchitect – AdobeStock.

Untuk mengurangkan risiko prolaps rahim, anda boleh cuba cadangan di bawah:

1. ELAK SEMBELIT

  • Minum banyak air dan makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh.

2. ELAK MENGANGKAT BERAT

  • Jika anda perlu mengangkat sesuatu yang berat, lakukan dengan betul. Cara angkat yang betul menggunakan kaki dan bukannya pinggang atau belakang.

3. KAWAL BATUK

  • Dapatkan rawatan untuk batuk kronik atau bronkitis. Jangan merokok.

4. ELAK BERAT BADAN BERLEBIHAN

  • Berbincang dengan doktor tentang berat badan ideal anda dan dapatkan nasihat tentang cara menurunkan berat badan sekiranya perlu.

RAWATAN UNTUK MERAWAT PERANAKAN JATUH

punca peranakan jatuh

Gambar hiasan: Shutterstock.

Melalui sumber Hello Doktor, terdapat dua kaedah rawatan pembedahan yang tersedia iaitu hysterectomy atau penggantungan rahim (uterine suspension).

1. PROSES PENGGANTUNGAN RAHIM

Bagi proses penggantungan rahim, doktor bedah akan meletakkan uterus kembali pada tempat asalnya dengan cara mencantumkan ligamen pelvis atau dengan menggunakan alat pembedahan.

2. PROSEDUR HYSTERECTOMY

Manakala bagi prosedur hysterectomy, doktor akan membuang uterus daripada tubuh. Oleh sebab itu, pembedahan ini tidak disarankan untuk mereka yang merancang memiliki anak.

Sumber: Mayo Clinic / Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×