40 Minggu

Lepas Diseluk Doktor Kata Baru 2 cm? Sabar Ibu Hamil, Fahami Ukuran Bukaan Rahim Ini

65
SHARES
ukuran bukaan rahim

Proses kelahiran merupakan satu pengalaman yang unik. Bagi mengetahui waktu bersalin yang bakal tiba, ukuran bukaan rahim dikira sebagai penentu yang membuatkan anda rasa kesakitan kontraksi.

Kadang-kadang, ia mengambil tempoh yang lama untuk proses ini selesai. Dalam kes lain, bersalin menguji kekuatan stamina fizikal dan emosi ibu. Anda tidak akan tahu bagaimana proses bersalin akan terjadi sehingga ia berlaku.

Walau bagaimanapun, anda boleh membuat persediaan dengan memahami urutan kejadian ini melalui bacaan di bawah.

Baca juga: Tarikh Bersalin Sudah Dekat, Dah Cukur Ke Bulu Kemaluan? Ini Yang Anda Kena Tahu!

KETAHUI PROSES KELAHIRAN BAYI MELALUI BUKAAN RAHIM

ukuran bukaan rahim

Gambar: Mayo Clinic.

Semasa peringkat awal bersalin, serviks terbuka (mengembang) dan menipis (pematangan serviks) untuk membolehkan bayi bergerak ke dalam saluran kelahiran.

Dalam rajah A dan B, serviks tertutup rapat. Manakala, dalam rajah C, serviks 60% matang dan mengembang 1 hingga 2 cm. Dalam rajah D, serviks 90% matang dan mengembang 4 hingga 5 cm.

Serviks mestilah 100% matang dan 10 cm mengembang sebelum bersalin melalui faraj.

UKURAN BUKAAN RAHIM FASA PERINGKAT AWAL

Semasa di peringkat ini, serviks akan mengembang dan menipis. Anda mungkin akan merasakan kontraksi yang ringan dan tidak teratur.

Apabila serviks mula terbuka, anda mungkin melihat keluaran cecair bewarna merah jambu jernih atau sedikit berdarah dari faraj anda. Ini berkemungkinan penutup pangkal rahim yang menghalang pembukaan serviks semasa kehamilan.

TEMPOH:

Bukaan rahim di peringkat awal tidak dapat diramalkan bila ia akan berlaku. Bagi yang pertama kali jadi ibu, purata panjangnya berbeza dari jam ke hari.

TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN:

Cuba untuk kekal tenang dan untuk melegakan kesakitan lakukan perkara ini:

  • Berjalan-jalan.
  • Mandi
  • Dengar muzik santai
  • Cuba teknik pernafasan
  • Tukar posisi badan

UKURAN BUKAAN RAHIM PERINGKAT AKTIF 6cm – 10cm

ukuran bukaan rahim

Gambar hiasan: Google.

Serviks akan mengembang dari 6 sentimeter (cm) hingga 10cm, sewaktu anda merasakan peritnya kontraksi. Kontraksi akan menjadi lebih kuat, mencengkam dan kerap berlaku. Kaki anda mungkin kejang dan mungkin berasa loya.

Anda mungkin merasakan air ketuban seolah pecah walaupun ia belum berlaku dan mengalami peningkatan tekanan di belakang badan anda. Jika anda masih di rumah, inilah masanya anda bertolak ke hospital.

TEMPOH:

Selalunya ia akan berlangsung selama 4 hingga 8 jam atau lebih. Secara purata, serviks anda akan mengembang kira-kira 1 cm sejam.

TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN:

  • Minta pasangan dan pasukan perubatan yang dikhaskan untuk memberikan galakan dan sokongan.
  • Cuba teknik pernafasan dan relaks untuk melegakan ketidakselesaan anda.
  • Gunakan apa yang dipelajari dalam kelas bersalin atau minta bantuan pasukan perubatan anda.

Melainkan anda perlu berada dalam posisi tertentu yang memerlukan pemantauan rapi terhadap kandungan anda, pertimbangkan cara ini untuk berasa selesa:

  • Ubah posisi badan.
  • Mandi air suam.
  • Pergi berjalan dan berhenti sebentar untuk bernafas melalui kontraksi.
  • Lakukan urutan lembut semasa kontraksi.

FASA TERAKHIR BUKAAN RAHIM PERINGKAT AKTIF

Bahagian terakhir di fasa ini boleh menjadi sangat menyakitkan. Kontraksi akan semakin terasa dan berlaku dalam 60 hingga 90 saat.

Anda akan mengalami tekanan di bahagian bawah belakang dan rektum. Maklumkan kepada petugas kesihatan jika anda merasakan tekanan untuk bersalin.

Jika anda terasa ingin meneran tetapi rahim belum mengembang sepenuhnya, doktor akan meminta untuk bertahan. Meneran terlalu awal boleh menyebabkan anda berasa letih dan menyebabkan serviks membengkak, yang mungkin melambatkan proses bersalin.

Cuba bernafas dengan cepat sewaktu kontraksi. Peralihan ini biasanya berlangsung selama 15 hingga 60 minit.

FASA KELAHIRAN BAYI

Ya, kini tiba masanya untuk anda bersalin!

ukuran bukaan rahim

Gambar hiasan: Google.

TEMPOH:

Ia boleh mengambil masa dari beberapa minit hingga beberapa jam atau lebih untuk meneran. Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk ibu yang kali pertama disuntik anestesia epidural.

TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN:

Teran sedaya mungkin! Pasukan perubatan akan memberitahu anda bila untuk meneran. Atau anda mungkin diminta untuk meneran apabila merasakan keinginan untuk berbuat demikian.

Pada satu tahap, anda mungkin diminta untuk meneran dengan lebih perlahan atau sebaliknya. Ia akan memberi masa tisu faraj anda untuk meregang dan bukannya koyak.

Jika anda bersalin tanpa komplikasi, doktor mungkin menunggu beberapa saat hingga beberapa minit sebelum tali pusat dipotong. Hal ini kerana, ia dapat meningkatkan aliran darah yang kaya dengan nutrien dari cord dan plasenta kepada bayi.

Ini meningkatkan simpanan zat besi bayi dan mengurangkan risiko anemia, menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan yang sihat.

FASA PENGELUARAN PLASENTA

ukuran bukaan rahim

Gambar hiasan: HelloDoktor.

Selepas bayi dilahirkan, anda mungkin berasa sangat lega. Tetapi sebenarnya, masih banyak yang akan berlaku. Semasa peringkat ketiga bersalin, anda akan mengeluarkan plasenta.

Plasenta merupakan organ yang menghubungkan janin kepada ibu. Ia memindahkan oksigen dan nutrien kepada janin daripada ibu dan bahan buangan janin kepada ibu.

TEMPOH:

Plasenta biasanya keluar dalam masa 30 minit, tetapi proses itu boleh bertahan selama satu jam.

TINDAKAN BOLEH DILAKUKAN:

Bertenang! Apabila tumpuan anda beralih kepada bayi, secara tidak langsung anda tidak akan menyedari perkara lain yang berlaku. Sekiranya mahu, cuba menyusukan bayi.

Anda akan terus mengalami kontraksi ringan dan kurang menyakitkan. Kontraksi membantu memindahkan plasenta ke dalam saluran kelahiran.

1. PROSES SEMASA:

Anda akan diminta untuk meneran perlahan-lahan sekali lagi untuk mengeluarkan plasenta. Anda mungkin diberi ubat sebelum atau selepas plasenta dilahirkan untuk menggalakkan pengecutan rahim dan meminimumkan pendarahan.

Pasukan perubatan anda akan memeriksa plasenta untuk memastikan dalam keadaan baik. Sebarang serpihan yang tinggal mesti dikeluarkan dari rahim untuk mengelakkan pendarahan dan jangkitan.

2. PROSES SELEPAS:

Selepas mengeluarkan plasenta, rahim akan terus mengecut untuk membantunya kembali ke saiz normal. Jururawat anda boleh mengurut perut bagi membantu rahim mengecut untuk mengurangkan pendarahan.

Malah, doktor akan menentukan sama ada anda memerlukan pembaikan di mana-mana koyakan di kawasan faraj. Jika anda tidak mempunyai bius, anda akan menerima suntikan anestetik di kawasan yang akan dijahit.

Sumber: Mayo Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×