Sihat

Tarikh Bersalin Sudah Dekat, Dah Cukur Ke Bulu Kemaluan? Ini Yang Anda Kena Tahu!

14
SHARES
mencukur bulu kemaluan sebelum bersalin

Pasti ramai dalam kalangan wanita yang tertanya-tanya, terutamanya ibu yang sedang hamil, perlu ke mencukur bulu kemaluan sebelum bersalin? Melalui sumber rujukan Hello Doktor, mencukur bulu kemaluan sebelum melahirkan anak dipercayai akan meningkatkan risiko jangkitan terutamanya mereka yang melalui prosedur operasi seperti pembedahan caesarean.

Di mana, ia akan mengakibatkan lecet mikro (micro-abrasions) pada permukaan kulit yang boleh menyebabkan jangkitan. Mari ikuti butiran yang terperinci di bawah.

Baca juga: Suami Kata Bahagian ‘Bawah’ Dah Tak Rapat? Usah Risau, Cuba Buat Ini Untuk Ketatkan Vagina!

PERLU KE MENCUKUR BULU KEMALUAN SEBELUM BERSALIN?

mencukur bulu kemaluan sebelum bersalin

Gambar hiasan: iStockPhoto.

Kajian pada tahun 2015 mendapati, risiko jangkitan akan berkurangan pada wanita mengandung yang tidak mencukur bulu kemaluannya berbanding mereka yang memilih untuk bercukur.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut tidak menggalakkan perbuatan mencukur bulu kemaluan faraj atau perineum (bahagian antara bukaan faraj dan dubur) sebelum melahirkan anak.

Ia disarankan kepada wanita yang akan bersalin normal. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan untuk mereka yang perlu melalui prosedur pembedahan C-Sec.

MENCUKUR BULU KEMALUAN SEBELUM HAMIL, INI RISIKONYA

Terdapat beberapa risiko yang mungkin akan dihadapi sekiranya ibu hamil memilih untuk tidak mencukur bulu kemaluan seperti berikut:

  1. Lecet dan luka pada kulit meningkatkan potensi jangkitan sekiranya tahap kebersihan tidak dijaga dengan betul.
  2. Meletakkan diri pada risiko bulu tumbuh ke dalam (ingrown hairs) yang menyebabkan pembentukan sista – berkemungkinan perlu dirawat secara pembedahan.
  3. Pertumbuhan bulu boleh menyebabkan kegatalan dan rasa tidak selesa.
  4. Keadaan sukar buat ibu yang sarat mengandung untuk mencukur bulu kemaluan kerana pergerakan terbatas.
mencukur bulu kemaluan sebelum bersalin

Gambar hiasan:Google.

MANFAAT MENCUKUR BULU KEMALUAN

Walaupun begitu, terdapat sesetengah wanita yang berasa malu sekiranya bulu kemaluan tidak dicukur sebelum melalui prosedur bersalin. Terdapat beberapa manfaat seperti di bawah:

  1. Bercukur atau trimming bulu kemaluan, menjadikan bahagian tersebut kurang berpeluh dan bersih secara keseluruhan.
  2. Memberikan visualisasi yang baik untuk doktor atau bidan bahagian perineum. Jika mereka perlu melakukan episiotomi – bahagian itu sudah dicukur bersih dan menjadikan proses jahitan lebih mudah.
  3. Sangat berguna pada minggu-minggu selepas kelahiran jika mengalami pendarahan faraj yang banyak dan isu kebersihan diri.
  4. Jika keadaan kecemasan berlaku dan memerlukan pembedahan czer, bahagian tersebut sudah tersedia untuk pembedahan.

Kesimpulannya, ia bergantung kepada kebiasaan anda dan hak peribadi untuk memutuskan sama ada ingin melakukan atau tidak mencukur bulu kemaluan sebelum bersalin. Tiada yang boleh memaksa anda.

Sekiranya, ibu hamil berkehendak untuk bercukur juga, lakukan dengan berhati-hati agar bahagian alat sulit tidak terluka. Anda juga dinasihati meminta bantuan dari pasangan untuk membantu melakukannya.

Sumber: Hello Doktor

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×