Mencukur bulu kemaluan adalah perintah yang perlu dilaksanakan baik lelaki mahupun wanita. Hal ini kerana, terdapat mengenai hukum mencukur bulu kemaluan seperti dikeluarkan laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Di dalam bab penjagaan kebersihan, terdapat tempoh yang ditetapkan untuk penyimpanan bulu kemaluan. Kalau nak tahu hukum mencukur bulu kemaluan dan tempohnya beberapa lama boleh disimpan, lihat penjelasan di bawah.
Baca juga: Ini 8 Amalan Ayat-Ayat Syifa’ Sebagai Ikhtiar, Bantu Legakan Sakit MAK AYAH!
HUKUM MENCUKUR BULU KEMALUAN
Hukum mencukur bulu kemaluan lelaki dan wanita
Di dalam nas-nas syarak, terdapat beberapa perintah yang mengarahkan supaya dicukur beberapa jenis bulu yang terdapat pada anggota tubuh manusia. Ini sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W:
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.
Riwayat Al-Bukhari (5889)
Berdasarkan hadis di atas, terdapat tiga bulu yang disebutkan untuk dipotong iaitu bulu kemaluan, bulu ketiak dan juga misai. Maka kita diperintahkan untuk memotong, mencukur atau mencabutnya.
Baca juga: Cara Basuh Kemaluan Lelaki & Perempuan Menurut Islam, Beribadat Pun Tak Rasa Was Was
Menyimpan bulu kemaluan dalam tempoh yang lama
Berkaitan dengan bulu-bulu badan yang terdapat perintah untuk mencukurnya, terdapat sebuah riwayat yang menyebutkan kepada tempoh masa untuk mencukur tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata:
وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Maksudnya: Ditetapkan waktu buat kami pada memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencabut bulu kemaluan, agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam.
Riwayat Muslim (258)
Hadis di atas merupakan petunjuk dalam menetapkan masa tertentu bagi menyimpan bulu-bulu badan yang dituntut untuk memotongnya, iaitu dengan tidak membiarkannya melebih empat puluh hari.
Kesimpulan
Hukum menyimpan bulu kemaluan dan bulu ketiak dalam tempoh masa yang begitu lama sehingga melebihi 40 hari adalah dimakruhkan. Ini kerana kita dituntut untuk menjaga kebersihan tubuh badan melalui perbuatan mencukur kedua-dua bulu tersebut.
Baca juga: Cara Matikan Racun Santau Dan Sihir, Ustaz Kata Baca Ayat Mustajab Dalam Air Buah Ini
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan /
FT Image: Freepik