Dapur

Resepi Koktail Buah 7 Keturunan, Tambah 1 Bahan Rahsia Ini Untuk Lebih ‘Kick’!

17
SHARES
resepi koktail

Bulan Syawal di mana kita meraikan Hari Raya Aidilfitri masih belum sampai ke penghujungnya! Oleh itu, sudah pasti anda banyak dapat jemputan ke rumah terbuka dan turut menerima kunjungan dari tetamu di kediaman sendiri. Jadi, kalau buntu untuk sediakan hidangan apa yang mudah dan tidak terlampau berat, boleh simpan resepi koktail buah ini sebagai rujukan.

Perkongsian resepi koktail ini dikatakan memang menjadi resepi turun temurun keluarga dan dijamin sedap. Maklumlah, perut tetamu pun dah penuh dengan makanan berat jadi apa kata anda sediakan pencuci mulut macam ini supaya sejuk tekak. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Agar-Agar Gula Merah, Pastikan Guna Sukatan INI Kalau Nak Jadi Elok!

RESEPI KOKTAIL BUAH 7 KETURUNAN, MESTI SEDAP!

resepi koktail

Bahan-bahan:

-Susu pekat manis
-Whipping cream
-Susu cair
-Nata de Coco
-Laici dalam tin (atau apa-apa buah pilihan)
-Buah campur dalam tin (fruit cocktail)

Cara-caranya:

1.Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Air dia tak sedap. Nanti jadi masam.

2.Tujuh keturunan saya memang guna susu cap Carnation ini sahaja kalau nak buat koktail ni. Tuang sampai habis. Kalau nak banyak kuah boleh guna 2 tin.

3.Whipping cream kotak kecil sahaja. Kawan saya ajar letak semua 1 kotak dan ini sangat penting. Kalau tak ada bahan ini memang kurang ‘kick’ dia kata.

4.Susu pekat guna setengah tin. Rasa la sendiri ikut selera kemanisan wajah masing masing.

5. Tuang nata de coco dan guna air dia jangan buang. Ni bekas sedang je. Saya guna semua.

6.Air laici kalau nak guna letak sikit saja, jangan tuang semua. Tapi buah laici guna semua.

resepi koktail

*Siap! Boleh diceduk masuk cawan kemudian letak ais, sedap!

Baca juga: 10 Idea Menu Jamuan Hari Raya Untuk Sekolah Anak, Memang Cikgu Puji!

Sumber: Hafidz Idris

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×