Dapur

Cara Buat Puding Sumi Kastard Untuk Pencinta Manisan, Letak Dalam Bekas Comel-Comel!

18
SHARES
puding sumi kastard

Buat anda yang merupakan peminat makanan manis atau pencuci mulut, setiap kali selepas berbuka puasa pasti akan ada juadah manisan ini di atas meja. Kadang-kadang bosan juga asyik makan pemanis mulut yang sama sahaja bukan? Jadi, apa kata kali ini cuba buat puding sumi kastard yang turut digemari oleh kanak-kanak kerana mudah dimakan.

Bukan sahaja untuk juadah pemanis mulut selepas berbuka, tak salah juga kalau anda buat puding sumi ini untuk tetamu yang datang ke rumah semasa Hari Raya. Lain dari yang lain sikit!

Baca juga: Cara Buat Kuih Raya ‘No Bake No Oven’ Guna Marshmallow, Kacau Atas Kuali Dah Siap!

RESEPI PUDING SUMI KASTARD, WAJIB CUBA!

puding sumi kastard

Ramai yang minta resipi puding ini, jom buat!

Bahan-bahannya:

-Agar-agar tali 20 gram – rendam 10 minit
-Air 3 tin
-Susu pekat setengah tin
-Susu cair 1 tin
-Tepung kastard 2 sudu besar tambah air setengah cawan
-Garam secubit
-Sumi

Cara-caranya:

1.Masak agar-agar sampai larut.
2.Kemudian masukkan susu pekat, susu cair, garam dan tepung kastard.
3.Kacau sebati 5 minit tunggu sehingga mendidih dan tutup api.
4.Letaklah dalam acuan masing-masing. Lepas itu masukkan sumi dah siap!

puding sumi kastard

*Memang sedap dimakan sejuk-sejuk selepas buka puasa!

Baca juga: Resepi Air Aiskrim Solero VIRAL, Sekali Minum Memang Susah Nak Berhenti!

Sumber: Masliza Mahmud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×