Dapur

Cara Buat Kuih Raya ‘No Bake No Oven’ Guna Marshmallow, Kacau Atas Kuali Dah Siap!

9
SHARES
biskut raya mudah

Sebagai penyeri sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah semestinya tersedia pelbagai jenis pilihan biskut raya untuk seisi keluarga dan tetamu. Tetapi, kebanyakkan biskut raya memerlukan ketuhar atau oven untuk memasaknya jadi ramai yang memilih untuk beli sahaja biskut raya di kedai. Namun, untuk anda yang berazam untuk buat biskut raya tahun ini, ada cara buat biskut raya mudah tanpa menggunakan oven!

Berikut merupakan resepi biskut raya tanpa oven dan hanya perlu masak di atas kuali sahaja. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak serumit biskut raya yang lain. Nampaknya, ramai orang bujang akan cuba buat resepi biskut raya ini. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Popia Sira Pedas Bersalut Elok, Ini Tips Supaya Kekal Rangup Sampai Malam!

CARA BUAT BISKUT RAYA MUDAH, STRAWBERRY MATCHA NOUGAT

biskut raya mudah

Bahan-bahan:

-500gm marshmallow Big White
-1/4 ketul butter
-2 sudu teh serbuk matcha
-200gm strawberi kering
-400gm biskut marie
-Serbuk matcha dan serbuk susu untuk dusting

Cara-caranya: 

1.Panaskan marshmallow atas kuali. Kacau-kacau sehingga hilang bentuk marshmallow dan jadi seperti doh.

2.Kemudian, taburkan serbuk matcha, dalam 2 sudu. Gaulkan sebati.

3.Masukkan strawberi kering dan patah-patahkan biskut marie dan gaulkan sebati.

4.Kemudian, sediakan bekas atau tray yang sudah dilapik dengan non-stick baking paper. Masukkan marshmallow yang sudah digaul tadi ke dalam bekas tersebut.

5.Ratakan bahan yang dimasukkan tadi supaya menjadi empat segi rapat. Sementara itu, campurkan serbuk matcha dan susu di mangkuk asing.

6. Bila adunan tadi sudah keras ala-ala kek batik, taburkan campuran serbuk tadi di atas sebagai ‘dusting’.

7. Siap! Boleh dipotong menjadi empat segi kecil dan dihidangkan kepada tetamu!

biskut raya mudah

*Sedapnya! Nak cuba buat nanti!

@moeirajohnson As requested, kuih raya no bake no oven. kacau atas kuali je dah siap!👩‍🍳 Episode 8: Strawberry Matcha Nougat 🍓 Bahan2: 500gm Marshmallow big White 1/4 ketul butter 2 st matcha powder 200gm dried strawberry 400gm biskut marie Matcha powder + milk powder for dusting Selamat mencuba & semoga bermanfaat insyaAllah 🤲✨🌙 #kongsiresepi #kongsibersama #nobake #kuihrayamoden #kongsiselera #nougat #matchanougat #matchalover #matcha ♬ original sound – Nashrul Sekon

Baca juga: Cara Buat Kuih Lepat Sagu, Lain Daripada Lain & Rasa Manisnya Tak Mengecewakan!

Sumber: Tiktok @moeirajohnson

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×