Dapur

Resepi Popia Sira Pedas Bersalut Elok, Ini Tips Supaya Kekal Rangup Sampai Malam!

23
SHARES
resepi popia sira

Popia merupakan salah satu jenis kuih yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina. Seringkali dijadikan sebagai hidangan pembuka selera atau hidangan tambahan selepas menjamu selera, bukan semua orang pandai menyediakan menu popia ini. Selain popia biasa, ada satu jenis lagi yang diminati ramai iaitu popia sira. Oleh kerana terlalu sedap, ramai yang tercari-cari resepi popia sira ini!

Berikut merupakan perkongsian resepi popia sira dari Puan Zaleha yang mendapat beribu-ribu perkongsian di laman Facebook. Kalau tengok sos sira popia yang disediakan cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja terliur!

Baca juga: Resepi Air Aiskrim Solero VIRAL, Sekali Minum Memang Susah Nak Berhenti!

RESEPI POPIA SIRA

resepi popia sira

Bahan-bahan inti:

-Timun jepun
-Lobak merah
-Sengkuang
-Bawang besar ( potong dadu )
-Sedikit marjerin
-Garam gula dgn kiub pati ayam

Cara-caranya:

1.Panaskan marjerin tumis dan bawang hingga naik bau.
2.Perasakan dengan garam gula dengan kiub ayam. Dah naik bau masukkan lobak merah, sengkuang dengan timun goreng sampai layu sedikit. Dah angkat tapiskan supaya air keluar, ketepikan.

Bahan untuk popia:

-Kulit popia sebungkus
-Sedikit tepung gandum dan air untuk dijadikan gam bila menggulung popia

resepi popia sira

Cara-cara:

1.Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti tadi. Gulung untuk lekatkan bubuh sedikit tepung gandum yang dicampur air tadi. Ulang step sampai habis pastu goreng sampai kekuningan ya jangan sampai hitam.

Bahan sos:

-Cili kering agak-agak je sebab saya pun tak sukat semua bahan
-Bawang besar ,bawang putih
-Blend semua bahan sos

Untuk sira:

-2 senduk cili kering yang dikisar tadi
-2 senduk gula
-Sedikit garam
-Sedikit asam jawa
-Tumis cili sampai garing pastu masukkan gula garam dan asam jawa masak sampai betul-betul pekat dan likat baru boleh jatuhkan popia yang dah siap digoreng.

*Selamat mencuba! Sedapnya!

Baca juga: Cara Buat Kuih Lepat Sagu, Lain Daripada Lain & Rasa Manisnya Tak Mengecewakan!

Sumber: Zaleha Kakleha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×