Dapur

Jom Buat Popia Alaf Baharu & Sesuai Untuk ‘Party’, Ini 5 Resepi Mudah & Sedap Boleh Cuba Di Rumah!

2
SHARES
resepi popia

Popia merupakan kudapan rangup yang disukai ramai! Dari yang basah hingga yang sira, sebenarnya pelbagai jenis resepi popia yang boleh dicuba. Malah sekarang, lebih banyak bahan yang boleh digabungkan bersama kulit popia untuk mencipta satu menu baharu!

Oleh itu, kalau anda merupakan penggemar popia, jom kita terokai 5 resepi menggunakan kulit popia yang pasti membuka selera.

Baca juga: Cara Masak Telur Dadar Gebu & ‘Crispy’, Rahsia Nak Sedap Rupanya WAJIB Letak 1 Bahan Ini!

5 IDEA RESEPI POPIA BOLEH JADI KUDAP-KUDAP

1.Popia Pisang Coklat

resepi popia

Foto: FB Ayu Hanna

Bahan :

-10 buah pisang masak, dibelah dua
-2 sudu makan marjerin
-80g coklat masakan
-80g kacang tanah,sangai dan cincang
-1 biji putih telur
-20 keping kulit popia

Cara:

1.Panaskan marjerin dalam kuali leper, kemudian goreng pisang hingga keperangan. Angkat dan toskan.

2.Ambil selembar kulit popia, letakkan sekeping pisang kemudian tabur sedikit coklat dan kacang cincang, gulung dengan kemas. Lekatkan tepi kulit popia dengan putih telur.

3.Goreng dalam minyak panas hingga keperangan. Angkat dan toskan. Lagi sedap kalau hidang dengan coklat ganache cair atas popia tu

2.Popia Cheese

Bahan-bahan:

-Kulit Popia 1 paket (gunting ikut kreativiti anda)
-Serbuk cheese

Cara Memasak:

1.Gunting kulit popia, jemurkan sekejap dan goreng sehingga kulit popia kekuningan.

2.Letak serbuk cheese atas kulit popia yang dah digoreng tadi dan goncang-goncang sampai sebati dalam 1 balang tertutup.

3) Sedia untuk dimakan.

3.Popia Cendawan Enoki Rangup

Foto: Cik Senja Cik

Bahan-bahan:

-Cendawan enoki
-Kulit popia
-Tepung ayam goreng segera

Cara-cara:

1.Potong akar cendawan, leraikan dan basuh. Kemudian tos sehingga kering.

2.Balut segenggam cendawan dengan kulit popia. Lekatkan dengan menggunakan air.

3.Salut cendawan dengan tepung ayam goreng segera.

4.Goreng sehingga perang keemasan.

4.Popia Carbonara Cheese

Foto: Tiktok @ummisyahirah__

Bahan-bahan:

-Kulit popia
-2 tin sos prego carbonara
-1 tin campbell mushroom
-1 tin cendawan butang
-1 bungkus daging kisar
-1 bungkus sosej
-Cheese
-2 bawang besar
-1 cili bangla

Cara Memasak:

1. Potong semua bahan seperti cendawan, sosej dan cili bengala.

2. Hancurkan daging kisar ke dalam bekas.

3. Tumis bawang besar yang dipotong tadi.

4. Masukkan daging kisar.

5. Masukkan sos Prego dan sos Campbell.

6. Masukkan sosej dan cili.

7. Kacau hingga sebati.

8.Masukkan sos carbonara cheese tadi ke dalam kulit popia dan bungkus. Ulang proses yang sama sehingga habis.

9) Goreng popia ke dalam minyak yang panas. Popia sedia untuk dihidangkan!

5.Popia Jejari Ketam Cheese

Foto: Geng Suka Masak

Bahan-bahan :

-Isi ketam atau crabstick
-Cheese
-Kulit popia
-Sedikit air

Cara Memasak :

1. Potong kepingan cheese menjadi 3 bahagian.
2. Ambil kulit popia, letakkan crab stick dan cheese kemudian gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.
3. Ulang langkah sehingga habis.
4. Goreng hingga kekuningan.
5. Sedia untuk dihidang

*Selamat mencuba untuk hidangan hujung minggu!

Baca juga: Memang Padu Masak Kari Ayam, Daging & Kambing Letak 5 Rencah Ini, Rasa Macam Makan Dengan Salman Khan!

Sumber: Geng Suka Masak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×