Menyiapkan menu bekal anak untuk sekolah bukanlah mudah seperti yang disangka. Tugas yang digalas oleh para ibu sama ada yang bekerja atau tidak ini boleh mencapai jalan buntu kerana kekeringan idea untuk menarik minat anak-anak makan makanan sihat.
Tambah pula sekarang ini berada dalam ‘musim SPM’, sudah semestinya para ibu ingin menyediakan makanan bersih, sihat dan berkualiti buat anak-anak yang berada di sekolah menengah atas. Terbaharu, seorang ibu berkongsikan deretan menu yang sangat menggiurkan untuk anaknya yang berada di sekolah menengah!
Baca juga: Resepi Loaded Nachos Cheese Viral ‘Kegilaan’ Ramai, Buat Sendiri Tak Payah Beratur Lama Dah!
IBU KONGSI 15 MENU BEKAL ANAK SEKOLAH MENENGAH ATAS, TERLIUR SEMUANYA!
Terdapat lebih dari 70 pilihan gambar menu bekal untuk anak-anak yang dikongsikan tetapi kami pilih antara 15 yang menarik untuk anda cuba dahulu ya!
#Bekal 1
-Bihun goreng
–Telur gulung seaweed
-Anggur hijau
#Bekal 2
-Mi tarik sup
-Wantan ayam
-Chili oil
#Bekal 3
-Nasi Goreng Seafood
-Taufu Telur Goreng
-Pisang
#Bekal 4
-Roti bakar (Butter + Garlic)
-2 Telur kukus setengah masak
#Bekal 5
-Chicken Fillet celup tepung
-Kentang goreng
-Thai chili sos
-Salad timun dan tomato
#Bekal 6
-Pulut lemak
-Ikan lengat goreng (Ikan sardin/ Ikan selayang)
-Kelapa parut (Ikut kalau anak-anak nak)
#Bekal 7
-Nasi Goreng Pattaya
-Pau sayur (beli)
#Bekal 8
-Mi Kering Goreng
-1 scrambled egg
-Popiah otak-otak (beli)
#Bekal 9
-Nasi Putih
-Ayam Sambal Kicap
-Tuna Puff
#Bekal 10
-Bubur Nasi Ikan Bilis
-Karipap
-Keropok lekor
#Bekal 11
-Nasi Putih
–Chicken Fillet Masak Sos
-Ulam Timun
#Bekal 12
-Croissant (beli)
-Letak sliced cheese dan chicken slice
-Buah anggur & langsat
#Bekal 13
-Tortilla (Telur, sliced cheese dan timun)
#Bekal 14
– 2 ketul ayam goreng
– Kentang putar dan sos lada hitam
#Bekal 15
-Curry Buttermilk Pasta
-Dory Fish Celup Tepung
*Menariknya semua menu yang disediakan untuk anak. Bukan sahaja boleh dijadikan bekal anak-anak malah untuk anda nak ke tempat kerja pun boleh!
Baca juga: Ajar Anak Remaja Buat 9 Jenis Sandwich Ini, Boleh Jana ‘Side Income’ RM10k Sebulan!
Sumber: Shah Suzanna Shafiee