Sudah menjadi kebiasaan dalam rumah tangga apabila si isteri sahaja yang akan masak untuk suami. Namun, apa salahnya kalau sekali-sekala si suami ambil tahu juga urusan masak-masak ini supaya boleh manfaatkan ‘skill’ di saat isteri tiada di rumah? Jangan risau, ada beberapa masakan simple untuk suami cuba!
Berikut merupakan perkongsian idea tiga menu yang sangat mudah untuk para suami cuba masak. Mana tahu, pertama kali cuba terus sedap masak dari isteri?
Baca juga: Didakwa Ada Sisa Kimia, Ini CARA TERBAIK Untuk Bersihkan Buah Anggur Shine Muscat Guna 1 Bahan
3 MASAKAN SIMPLE UNTUK SUAMI CUBA MASAK SENDIRI!
1.Telur Mata Berlado
Bahan-bahan:
-Telur
-Bawang putih kisar
-Bawang merah kisar
-Cili merah kisar
-Cili padi kisar
-Sos tiram
-Garam
-Gula
-Air
Cara-caranya:
1.Goreng telur mata, angkat dan ketepikan sebentar.
2.Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
3.Masukkan sos tiram, garam dan gula.
4.Boleh tambah air kalau terlalu kering.
2.Ikan Malong Masin Tumis Nanas
Bahan-bahan:
-Minyak
-Ikan malong masin
-Bawang putih
-Cili padi
–Bawang besar/ Holland
-Nanas
-Sos tiram
Cara-caranya:
1.Goreng ikan masin terlebih dahulu.
2.Kemudian bila dah garing, masukkan semua bahan lain dan tunggu dalam 5 minit dan siap!
3.Ayam goreng kunyit
Bahan-bahan:
-Isi ayam
-Garam
-Serbuk kunyit
-Serbuk kari
-Bawang putih kisar
-Halia kisar
-Bawang besar
-Lobak merah
-Kacang panjang
-Garam
-Serbuk kunyit
-Serbuk perasa
-Telur
Cara-caranya:
1.Satukan bahan isi ayam, garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati dan gorengkan ayam sehingga masak.
2.Tumis bahan kisar sehingga garing.
3.Masukkan semua sayur, perasakan dengan garam, serbuk kunyit, dan serbuk perasa. Goreng sebentar.
4.Last sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
*Mudah sahaja bukan? Jadi kalau isteri tak ada di rumah pergi bercuti bersama kawan-kawan pun, suami tetap boleh masak sendiri!
Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!
Sumber: Lemon8@didapuryana