Dapur

Cara Buat Sos 2 Dalam 1, Boleh Jadi Pencicah Vietnamese Roll Dan Roti Sandwich

2
SHARES
sos vietnam roll

Jika kita lihat pasaran yang menjual makanan yang terkenal dari Vietnam iaitu Vietnamese Roll ini mesti mempunyai pilihan sos yang pelbagai. Namun, ada satu resepi sos vietnam roll ini yang bukan sahaja untuk makanan tersebut, malah boleh dijadikan sapuan roti sandwich.

Sos 2 dalam 1 ini sangat mudah untuk dibuat dan boleh disimpan lama. Senang untuk mak-mak nak buat bekal roti sekolah anak boleh guna sapuan sos ini sahaja dan digandingkan bersama protein yang lain. Jom cuba!

Baca juga: Basuh & ‘Bakar’ Periuk Atas Dapur, Petua Elak Nasi Cepat Basi

CARA BUAT SOS VIETNAM ROLL YANG BOLEH GUNA UNTUK SANDWICH JUGA

sos vietnam roll

Nak share resepi sos vietnam roll. Makan dengan Vietnam roll pun boleh, dan kalau nak makan ala-ala sandwich pun boleh. Memang layan!

Bahan-bahan:

-Mayonis
-Daun ketumbar
-Cili api merah
-Bawang putih
-Garam
-Gula
-Sos nampla
Lemon atau limau nipis

Cara-caranya:

1.Masukkan mayo separuh blender (Kalau nak kuantiti banyak, nanti doublekan bahan-bahan lain).

2. Daun ketumbar kalau besar (1 pokok) kalau kecil (2 pokok).

3.Cili api merah (10) kalau nak kurang pedas boleh kurangkan.

4.Bawang putih 7 ulas.

5.Garam secubit- Cukup rasa secubit.

6.Gula 2 cubit gitu. Kalau nak manis lagi boleh tambah.

7.Nampla satu setengah sudu besar.

8.Perahan lemon/limau nipis. Perah sikit dulu, kalau nak lebih masam boleh tambah.

9.Kisarkan semua bahan ini dan jangan campur air. Siap!

sos vietnam roll

*Rasa lemak manis masam itu cukup untuk buat seisi keluarga berselera!

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

Sumber: Wo-aini Crafter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×