Dapur

Resepi Pizza Guna Lebihan Nasi Sejuk, Tak Perlu Uli Tapi Hasil Rangup!

41
SHARES
resepi pizza simple

Selalunya kalau ada lebihan nasi sejuk, mesti akan dijadikan sebagai nasi goreng untuk menu sarapan bukan? Kalau dah bosan asyik dimasak sebagai nasi goreng, anda sebenarnya boleh cuba resepi pizza simple menggunakan lebihan nasi sejuk ini!

Lebih menarik lagi, pizza menggunakan nasi ini tidak perlu diuli. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuatnya, justeru mari kita ikuti perkongsian resipi dari pengguna TikTok @soyabelacan di bawah ini.

Baca juga: Resepi Perapan Kambing ‘Terlajak Sedap’ Untuk BBQ, Puas Makan!

RESEPI PIZZA SIMPLE GUNA LEBIHAN NASI SEJUK

resepi pizza simple

Bahan-bahan

Topping pizza: Isi Ayam, garam, lada hitam, tepung jagung, minyak, bawang holland, tomato, sos tomato, keju cheddar dan keju mozarella.

Kerak Pizza: Nasi, telur, minyak, keju (apa-apa pun boleh) dan air.

Cara-cara buat pizza guna lebihan nasi:

1.Langkah pertama, anda perlu perap isi ayam dengan garam, lada hitam, tepung jagung dan minyak. Selepas itu, tumiskan bawang holland dan tomato serta masukkan isi ayam tadi bersama sos tomato. Gaul rata.

2.Seterusnya, untuk buat kerak pizza, masukkan nasi, telur, keju, minyak dan sedikit air ke dalam pengisar dan kisar sampai teksturnya menjadi halus.

3.Tuangkan bahan tersebut ke dalam bekas dan ratakannya. Langkah berikutnya, bakar kerak pizza tersebut selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

4.Bila sudah siap, keluarkannya dan letakkan isi ayam, keju mozarella dan cheddar di atasnya. Selepas itu bakar semula selama 10 minit dengan suhu yang sama dan siap untuk dihidang.

resepi pizza simple

Selamat Mencuba!

@soyabelacan Beras semlm boleh buat pizza la! 😁 Pizza beras ni luar crispy dalam lembut sedap jugak! X payah nak uli-uli! Bahan2: Topping: Isi ayam Garam Blackpepper Tepung jagung Minyak Bawang holland Tomato Sos tomato Cheddar cheese Mozarella cheese Pizza crust: Nasi Telur Minyak Cheese (apa pun boleh) Air #resepipizza #resipisimple #soyabelacan #masakdirumah ♬ original sound – soyabelacan

Baca juga: Resepi Koktail Buah 7 Keturunan, Tambah 1 Bahan Rahsia Ini Untuk Lebih ‘Kick’!

Sumber: Tiktok @soyabelacan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×