Dapur

Ini Cara Buat ‘Roti Heaven’ Seakan Piza Paling Simple, Topping Melimpah Ruah!

4.9K
SHARES

“Esok pagi nak sarapan apa ye?”

Sarapan pagi sudah semestinya adalah sajian paling penting bagi membekalkan tenaga untuk kita memulakan hari. Bukan itu sahaja, membekalkan sarapan yang pelbagai untuk anak-anak sebelum ke sekolah juga dapat menjadikan mereka lebih bersemangat untuk mula belajar. Jadi, buat ibu-ibu yang mahukan selera yang pelbagai untuk sarapan boleh cuba buat ‘Roti Heaven’ yang seakan roti piza yang penuh dengan isi!

BAHAN-BAHAN YANG ANDA PERLUKAN UNTUK BUAT ‘ROTI HEAVEN’

Rasanya masih sempat nak beli bahan-bahan untuk buat menu ROTI HEAVEN.

1. 8 keping roti Gardenia di susun 2 keping 2 keping dalam loyang yg dilapik baking paper letakkan sedikit butter mcm dalam pic di bawah.

2.8 biji telur

3.Semangkok kecil mozzarella

4.Semangkok kecil cheese cheddar parut

5.Semangkuk kecil daging cincang ramly

6.Sebiji bawang besar di dadu

7.2 biji cili besar di hiris

8.Sedikit daun bawang dihiris

9.Sedikit aji shio black pepper

10.Kocok-kocokkan semua dan tuang atas roti

11.Bakar dalam oven dengan suhu 200c api atas bawah 25 minit atau sampai garing .

Makan panas-panas sedap!

Sumber: Cikgu Shaini Razali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×