Dapur

Resepi Perapan Kambing ‘Terlajak Sedap’ Untuk BBQ, Puas Makan!

20
SHARES
bbq kambing

Setiap kali tibanya musim hujung minggu pasti akan ada sahaja ajakan rakan-rakan atau saudara mara untuk adakan acara makan-makan. Salah satunya adalah aktiviti barbeku yang boleh diadakan dengan meriah di laman rumah, kawasan air terjun, dan juga chalet percutian. Tapi, apabila anda mendapat tugasan untuk buat perapan bbq kambing, pening juga memikirkan apakah resepinya?

Jangan risau, berikut merupakan perkongsian resepi perapan bbq untuk kambing atau jenis daging yang lain anda boleh gunakan. Yang pasti, kalau ikut resepi ini mesti ramai akan puji kerana sedap dan puas dimakan!

Baca juga: Resepi Koktail Buah 7 Keturunan, Tambah 1 Bahan Rahsia Ini Untuk Lebih ‘Kick’!

RESEPI PERAPAN BBQ KAMBING DIJAMIN SEDAP!

bbq kambing

Bahan-bahan:

-12 slice/keping daging kambing (lamb), katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.

Bahan Perapan:

-5 – 6 sudu besar lada hitam
-1/2 cawan madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)
-1/2 cawan Sos Cili
-1/2 cawan Sos tomato
-1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins
-Gula dan sedikit garam.

Cara:

1.Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan saja lesung batu tu.

2.Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana-mana yang kurang.

3.Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok. Kemudian, boleh panggang menggunakan arang.

Nota: Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam boleh cuba masukkan sedikit kicap pekat.

bbq kambing

*Sedapnya dan selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mak Mentua Bau Semerbak Satu Rumah, Wajib Campur 4 Bahan Ini!

Sumber: Dr. G, Delihayat Kitchen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×