Dapur

Resepi Air Tangan Ibu Buat Patty Ayam Homemade, Anak-Anak Puji Sedap Sangat!

13
SHARES
patty ayam

Buat peminat makanan ala Barat seperti burger, pasti anda menginginkan daging yang dikepit di tengah roti atau dipanggil ‘patty’ mempunyai ketebalan yang memuaskan. Tidak kira patty ayam atau daging lembu, ramai juga dalam kalangan kita yang sudah mengurangkan pembelian daging kisar yang dijual di pasaran dan mula membuat secara ‘homemade’.

Memang terjamin kebersihan dan sangat mesra kanak-kanak, ada resepi patty ayam homemade yang dikongsikan menerusi Facebook Geliga Rasa mendapat perhatian wargamaya. Jadi, apa kata kita cuba buat di rumah sempena cuti hujung minggu ini untuk hidangan seisi keluarga dan boleh disimpan sejuk beku!

Baca juga: Cara Masak Bihun Goreng Putih Tak Putus ‘Sebijik’ Macam Tok Buat, Kena Letak Air Rebusan Ini..

CARA BUAT PATTY AYAM HOMEMADE, TERJAMIN KEBERSIHAN

patty ayam

Semalam rasa sayu anak-anak minta belikan burger. Tapi ayahnya belum gaji lagi. Pagi tadi pun anak-anak ulang lagi permintaan sama, tak sampainya hati nak hampakan mereka. Bila saya buka Youtube, rupa-rupanya ada resepi patty burger. Tak sangka kita boleh buat sendiri di rumah.

Jadi hari ni saya nekad nak buat Homemade Patty Ayam. Alhamdulillah menjadi! Anak-anak pun puji kata sedap sangat. *nampak sama tapi tak serupa.

Bahan-bahan:

-400g isi dada ayam
-2 biji kentang
-1 batang lobak merah
-1 biji telur
-1 biji bawang holland
-2 sk serbuk lada hitam
-2 sk serbuk lada putih
-1 sk chilli flakes
-1 sk mixed herbs
-6 sb tepung ubi kayu
-2 sb mentega

Cara-caranya:

1.Kisar isi dada ayam, kentang, lobak dan bawang dalam ‘food processor’ sehingga halus.

2.Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk. Uli sebati. Lapikkan acuan di atas kertas pembakar.

3.Kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan.

4.Kemudian, bolehlah kukus sebentar patty yang sudah siap selama 3 minit sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.

5.Patty boleh dipanggang sebentar atas kuali dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

patty ayam

*Nampak sedap dan puas hati dengan ketebalannya kan? Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Kek Sarang Semut Supaya Berongga-Rongga, Puas Hati Tengok Bersarang Elok!

Sumber: Geliga Rasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×