“Sedapnya kuih lompang yang macam mak dengan nenek buat dekat kampung. Susah nak cari dekat bandar ni jadi, kena buat sendiri. Nak cari resepi kuih lompang jap..”
Siapa sahaja yang akan menolak sekiranya dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih tradisional Melayu bukan? Semuanya sedap-sedap belaka dan salah satu jenis kuih yang mendapat sambutan ramai adalah kuih lompang. Namun, susah untuk jumpa orang yang menjual kuih lompang ini jadi anda perlu buat sendiri di rumah. Jom!
Baca juga: Cara Buat Kek Chocolate Moist Yang Betul-Betul Meleleh, Rupanya Tak Susah Sangat Pun!
RESEPI KUIH LOMPANG VERSI MAK-MAK
Hari ni tekak teringin nak makan kuih lompang ni, maka terhasil la kuih lompang versi mak-mak kita dulu. Di sini saya sediakan resepinya sekali..
Bahan-bahan:
# 3 cawan air
# 2 1/2 cawan tepung beras
# 2 sudu tepung ubi
# 1 cawan gula + 1 cawan air (masak hingga mendidih)
# pewarna yang disukai
# kelapa parut + secubit garam ( untuk atas kuih)
Cara menyediakannya:
1) Campurkan tepung beras, tepung ubi bersama 3 cawan air..kacau hingga sebati. Kemudian masukkan air gula dan tapiskannya..
2)Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang disukai.
3)Panaskan dahulu periuk kukus dan acuan selama 5 minit..apabila acuan dah dipanaskan kmudian masukkan adunan dan kukus sehingga masak..
4) Kuih ini akan masak bila ada kesan lekuk ( lesung pipit) ditengah kuih..Tips tak bagi kuih melekat di acuan, oleskan sedikit minyak masak di acuan sebelum dikukus ya.
*Selamat mencuba!
Baca juga: Amboi, Lemak Manisnya Cekodok Labu..Macam Ini Cara Nak Buat Supaya Jadi Bulat Elok!
Sumber: Fadzian Fadzir