“Hari-hari asyik makan cucur yang sama je, nak tukar angin pula lah nak cuba buat cucur labu. Macam sedap!”
Setiap hari pasti mak-mak semua memikirkan menu apa yang sesuai untuk sarapan atau santapan minum petang buat keluarga bukan? Asyik diulang jenis cucur yang sama pun semakin bosan dibuatnya. Jadi, apa kata kita cuba pula cucur menggunakan buah labu yang dikatakan akan memberi rasa lemak manis. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Kuih Seri Muka Dari Arwah Mak, Tanpa Pewarna & Jadi Lembik-Lembik Sedap!
CARA BUAT CUCUR LABU, RASA LEMAK-LEMAK MANIS
Bahan-bahan:
-Labu
-Tepung gandum
-Gula
-Garam
-1 sudu serbuk penaik
-1 kotak kecil santan
-1 biji telur (optional)
-Secubit garam
-Air
Cara-caranya:
1. Labu yang sudah dibersihkan boleh rebus sehingga empuk. Dah siap rebus, asingkan labu dengan air. Ambik labu je, air rebusan tak perlu ye.
2. Labu yang dah empuk, boleh lenyekkan.
3. Masukkan tepung gandum, gula dan garam, serbuk penaik, santan. Gaul sebati.
*Sukatan ikut kuantiti labu. Tepung masukkan sedikit demi sedikit. Kalau nampak lembik, masukkan tepung lagi.Adunan dah okay, bila nampak tidak terlaku pekat atau tidak terlalu lembik. Kira macam dah boleh jemput untuk dimasak dalam kuali.
4. Boleh goreng dengan api yang panas, tapi kena kalih-kalih. Bagi masak dan warna sekata. Dah sejuk boleh ngam, jangan ngam masa panas pulak ya.
*Jom kita buat untuk menu minum petang ini atau sarapan esok? Sedapnya!
Baca juga: Cara Simpan Tomato Paling Terbaik, Tak Sangka Selepas 2 Minggu Pun Masih Kondisi 10/10!
Sumber: Norasikin Abd Hamid