Dapur

Cara Buat Cekodok Pisang Rangup Tapi Tetap Lembut, Bahan Penting Ini Kena Letak

42
SHARES
CARA BUAT CEKODOK PISANG

Jika anda mencari resepi cara buat cekodok pisang bulat-bulat dan rangup, ini adalah artikel perkongsian paling tepat untuk dibaca.

Cara buat cekodok pisang perkongsian Suraya Jainul ini boleh dicuba buat sendiri di rumah kerana hasilnya sangat gebu, lembut dan rangup. Tak percaya? Cubalah!

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kuzi Pekat Likat, Makan Dengan Nasi Minyak Bertambah Sedap!

CARA BUAT CEKODOK PISANG GEBU DAN RANGUP DI LUAR

CARA BUAT CEKODOK PISANG

Bahan-bahan cekodok pisang:

  • Pisang emas 2 ikat
  • Tepung gandum
  • Butter 2 sudu kecil (penting)
  • Garam 1 sudu kecil
  • Gula dalam 5 hingga 6 sudu makan
  • Baking powder 1 sudu teh

Cara buat cekodok pisang:

1. Lenyekkan pisang emas dan masukkan tepung gandum.

2. Masukkan tepung gandum secukupnya atau sehingga adunan kelihatan tidak terlalu keras/lembik.

3. Kemudian, masukkan butter, garam, gula dan baking powder.

4. Garam dan gula anda boleh sesuaikan mengikut cita rasa sendiri.

5. Setelah itu, kacau adunan sehingga sebati.

6. Sedia untuk digoreng di dalam minyak yang panas dan banyak supaya cekodok berbentuk bulat.

7. Goreng sehingga masak atau bertukar keperangan.

8. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama teh o panas.

Selain itu, anda juga boleh hidangkan cekodok pisang bersama aiskrim vanila untuk memikat hati si kecil. Sekali cuba, pasti nak lagi.

Sedap tak terkata!

Baca juga: Resepi Apam Comel Guna 3 Bahan, Satu Adunan Boleh Buat Macam-Macam Bentuk!

Sumber: Facebook Suraya Jainul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×