Menerusi perkongsian di Facebook milik Zue Ieda, terdapat satu resepi apam yang hanya menggunakan tiga bahan utama sahaja. Lebih menarik lagi, cara penyediaan tersebut boleh dipelbagaikan bentuk mengikut kreativiti anda.
Jadi, jika anda ingin cuba membuat sendiri apam comel di rumah atau menjualnya, boleh ikut resepi perkongsian di bawah ini. Sedapnya!
Baca juga: Trik Buat Air Rebusan Udang Lebih Pekat, Campur Dalam Masakan Pasti ‘Kick’!
RESEPI APAM COMEL 3 BAHAN, MACAM-MACAM BENTUK ADA
Hari ini saya nak kongsi resepi apam comel yang saya hantar ke setiap vendor. Alhamdulillah dah jadi sumber pendapatan untuk suri rumah macam saya.
Resepi apam comel tiga bahan ini boleh dipelbagaikan menjadi:
- Apam bunny
- Apam cornetto
- Apam polkadot
- Apam kartun
Bahan-bahan apam:
- 250g tepung vanila spongemix
- 3 biji telur
- Esen vanila
Cara-cara penyediaan resepi apam:
– Campurkan semua bahan ke dalam satu bekas.
– Pukul sehingga adunan betul-betul kembang.
– Setelah itu, boleh letakkan adunan ke dalam bekas acuan pilihan anda.
– Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.
– Sedia untuk dihidangkan. Sekiranya anda ingin apam kelihatan lebih menarik, boleh lukiskan gambar comel di atas apam menggunakan pen pewarna makanan.
Resepi apam ini boleh juga digunakan untuk menambah pendapatan anda dan pelbagai bentuk seperti yang dikongsikan oleh Zue Ieda di laman Facebooknya.
Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.
Baca juga: Resepi Jelly Buah Comel Guna Acuan Lompang, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Puas Hati!
Sumber: Facebook Zue Ieda