Famili

Seramai 189,580 Peminjam PTPTN Tak Buat Pembayaran Semula Tapi Terima Bantuan STR

6
SHARES
PEMINJAM PTPTN

Seramai 189,580 atau 45.7% peminjam PTPTN masih belum membuat pembayaran balik dan mereka juga difahamkan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, jumlah tersebut diperoleh daripada keseluruhan 415,109 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos 2024.

Baca juga: Cara Kemaskini STR Fasa 1 Tahun 2025, Kena Buat Sebelum 30 November ini!

SERAMAI 189,580 PEMINJAM PTPTN TAK BUAT PEMBAYARAN SEMULA

PEMINJAM PTPTN

Seramai 225, 529 atau 54.3% peminjam bukan daripada golongan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah tersebut.

PTPTN kini hanya memegang data yang dikumpul semasa permohonan, ketika peminjam biasanya tidak mempunyai pendapatan.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa jumlah peminjam PTPTN yang telah bekerja dengan gaji melebihi RM3,000 tetapi tidak pernah membuat sebarang pembayaran semula.

Zambry turut mengulas lanjut bahawa seramai 430,000 peminjam PTPTN tidak pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman yang bernilai keseluruhan RM6 bilion, biarpun sebahagian mereka sudah bekerja.

Katanya, perkara itu turut dibincangkan di Kabinet bagi mengatur langkah selanjutnya termasuk kemungkinan mengambil tindakan perundangan terhadap mereka yang culas membayar hutang PTPTN.

Baca juga: BHPetrol Ladang Bikam Menang Tandas Bersih, Warganet Ucap Tahniah “Memang Puas Hati!”

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×