Bergaya dan mewah, itulah antara gelaran yang diterima oleh pelajar IPT zaman kini yang dilihat senang dari segi kewangan. Malah, gaya hidup mereka juga tiada beza dengan orang yang sudah bekerja dan ini sangat berlainan dengan zaman belajar 10 tahun lepas.
Hal ini kerana, pelajar-pelajar ini bukan sahaja mendapat bantuan pendidikan dan biasiswa, malah turut menerima duit belanja dari ibu bapa dalam amaun yang banyak. Mengejutkan lagi adalah, amaun yang besar ini bukan untuk satu semester (3-4 bulan), tetapi untuk perbelanjaan sebulan sahaja.
Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?
ELAUN BULANAN PELAJAR IPT ADA YANG CECAH RM10 RIBU!
Perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @scholarrzz adalah tentang berapa jumlah elaun yang diterima oleh beberapa pelajar IPT tersebut telah mengejutkan netizen apabila ada cecah RM10,000 sebulan.
Menerusi video tersebut, kebanyakan mereka memperoleh elaun dari biasiswa, pinjaman dan juga ditambah pemberian ibu bapa bagi setiap bulan. Pendedahan yang dibuat oleh beberapa pelajar Institut Penganjian Tinggi (IPT) itu mengejutkan banyak pihak kerana memperoleh elaun yang begitu banyak setiap bulan seperti menyamai mereka yang sudah bekerja. Malah, ada yang sudah bekerja pun tidak mempunyai pendapatan sehingga RM10,000.
“Disebabkan saya dapat biasiswa dan diberi oleh ibu bapa, campur dua-dua lebih kurang RM10,000,” ujar salah seorang pelajar yang ditanya.
Selain ramai yang ‘terbeliak’ biji mata mendengar duit belanja bulanan sekitar 10 ribu, ada juga pelajar IPT mengatakan bahawa RM3,000 adalah jumlah baru cukup untuk kehidupan sebulan. Namun begitu, kebanyakan daripada responden menyatakan bahawa sekitar bawah daripada RM1,000 cukup sahaja untuk melalui kehidupan sebagai seorang pelajar lebih-lebih lagi di kawasan bandar seperti Shah Alam.
KALAU DULU RM500 PUN BANYAK DAH…
Walaupun ada yang mendakwa terdapat salah faham dalam pertanyaan yang diberi serta jawapan yang dikongsi di TikTok, namun pemilik akaun terbabit menegaskan dirinya mempunyai rakaman asal bagi membuktikan pendedahan-pendedahan yang dinyatakan oleh para pelajar berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengimbau kembali kenangan zaman belajar dahulu dan sekarang dan ramai bersetuju bahawa pelajar zaman kini berada dalam kelompok ‘mewah’. Kalau dahulu, RM500 sebulan pun sudah dikira lebih dari cukup jika tinggal di dalam hostel.
Malah ada juga yang kurang bernasib baik dan memberitahu bahawa duit belanjanya hanyalah RM200 sebulan namun masih cukup untuk makan.
*Patutlah nampak pelajar-pelajar IPT zaman sekarang selalu penuh di pusat membeli-belah dan gian ‘bershopping’. Rupanya-rupanya banyak elaun dapat sebulan…
@scholarrzz Berapa allowance student patut dapat per month 🤔🤔 #f #fyp #uni #uitm #uitmshahalam #pelajar ♬ original sound – Cha Loud 🍉
Baca juga: 30 Senarai Bantuan Kewangan Pendidikan Untuk Pelajar IPT, Jangan Lupa Mohon!
Sumber: Tiktok @scholarrzz