Sejak kebelakangan ini, banyak kes jenayah rogol dan masalah seksual berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Namun, lebih mengejutkan adalah ciptaan Allah SWT yang masih kecil dan suci ini sudah ada yang terlibat dalam servis seks yang ditawarkan harga serendah RM10!
Berlaku dalam kalangan budak sekolah, berikut merupakan perkongsian kegusaran seorang guru apabila mendapat tahu bahawa perkara memalukan ini melibatkan budak sekolah rendah.
Baca juga: Jatuh Kerusi Akibat Ditarik Rakan Sekolah, Kanak-Kanak Derita Sakit Tulang Belakang
BUDAK SEKOLAH RENDAH BUAT SERVIS SEKS SERENDAH RM10? TERKEJUT!
Terbaru, seorang individu yang merupakan seorang guru juga, mendedahkan satu kes di sebuah sekolah rendah di mana pelajar lelaki dan perempuan telah melakukan servis seks serendah RM10.
“Baru sahaja dapat cerita sebuah sekolah kebangsaan di sebuah negeri. Budak lelaki tahap 2 ada buat bisnes BJ dengan harga RM10. Perniagaan ini berlaku dalam kalangan murid dan perempuan.”
Menurutnya, disebakan kes ini ramai dalam kalangan guru pula saling menyalahkan antara satu sama lain malah menyalahkan ibu bapa di rumah juga.
“Guru akademik salahkan guru Pendidikan Islam. Guru kaunseling pula tak tahu nak buat apa. Guru pendidikan jasmani pula buntu. Katanya tak pandai nak ajar dan selitkan dengan agama Islam walaupun beragama Islam.”
Tambah guru ini, selain dari salah menyalahkan antara satu sama lain, murid-murid perlu diberikan kesedaran. Malah, mak ayah juga wajib dipanggil ke sekolah untuk ‘dibasuh kaw kaw’ tentang Pendidikan Seksualiti kerana asasnya bermula dari rumah.
Perkongsian tersebut turut dikongsi penceramah Firdaus Wong di mana dia menyatakan kegusaran berkenaan isu tersebut.
“Diharap jangan ambil sikap demi menjaga nama baik sekolah atau kementerian maka diambil pula tindakan terhadap Fadhli, guru atau sekolah yang terlibat dan ‘sweep under the rug’.”
Pemilik asal hantaran tersebut turut menekankan mengenai pendidikan seksualiti yang perlu diajar ibu bapa terhadap anak masing-masing di rumah.
*Diharapkan semoga pihak tertentu boleh mengelakkan hal-hal buruk ini berlaku kepada anak-anak kita. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, namun kalau tidak dilentur dengan elok bagaimana nak dapat pelapis negara yang berkualiti?
Baca juga: 6 Kaedah Buli Ini Paling Popular Berlaku Di Sekolah Asrama, Yang Akhir Sekali Paling Kejam!
Sumber: Mohd Fadhli Othman