Euforia Bola 2026
Didik

Cikgu Simpati Ingat Murid Tak Mampu Beli Pensil, Rupanya Trend Gen Alpha Memang Suka Pensil ‘Kontot’

Baru-baru ini, satu perkongsian seorang guru di media sosial mencuri perhatian ramai apabila  menyangka beberapa murid menggunakan pensil pendek kerana keluarga mereka tidak mampu membeli alat tulis baharu.

Namun, sangkaan itu ternyata meleset apabila ruangan komen dibanjiri ibu bapa yang mendedahkan perkara sebenar. Rupa-rupanya, tabiat menggunakan pensil pendek bukanlah disebabkan kekurangan wang, sebaliknya memang menjadi “hobi” atau perangai segelintir kanak-kanak Gen Alpha.

Baca juga: Formula 1 Kembali Gegarkan Sepang! Permohonan Sukarelawan F1 2026 Kini Dibuka, Ada Elaun

PENSIL PENDEK JADI TREND ANAK MURID ALPHA RAIH PERHATIAN

pensil pendek

Foto: Tiktok @itssemaaaa

Menerusi video tersebut, guru berkenaan berkongsi rasa simpati apabila melihat murid membawa pensil yang sudah terlalu pendek untuk digunakan.

Cikgu ingat kamu orang susah tak mampu beli pensil, Ternyata ini adalah hobi Gen Alpha.

Perkongsian ringkas itu mengundang ribuan tontonan serta pelbagai reaksi lucu daripada warga maya yang mengakui situasi sama turut berlaku di rumah mereka.

Ibu Bapa Akui Anak Memang Suka Simpan Pensel Pendek

Menjengah ke ruangan komen, ramai ibu bapa berkongsi pengalaman hampir sama apabila anak-anak enggan menggunakan pensil baharu walaupun stok di rumah masih banyak.

Seorang netizen berkongsi;

Laaaa ingat anak saya je. Memang baran sangat rasa. Padahal bapak dia simpan stok pensil berdozen.

Seorang lagi berkongsi bahawa anaknya tetap mahu menggunakan pensil yang sudah pendek walaupun mempunyai banyak pensil baharu.

Anak saya umur tujuh tahun minta beli pensil. Sekali kakak dia cakap jangan beli sebab nanti diasah sampai pendek. Bila tengok pencil case memang penuh pensil pendek. Tapi nampak comel pula.

Malah, ada ibu bapa menyedari pensil pendek sebenarnya lebih sukar hilang berbanding pensil baharu.

Anak lelaki saya suka pensil pendek. Pensil pendek boleh tahan berbulan-bulan. Bagi pensil panjang pagi, petang dah hilang.

Pensel Pendek Bukan Sekadar Tabiat, Ada Manfaat Untuk Motor Halus

pensil pendek

Foto: Tiktok @itssemaaaa

Seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Occupational Therapist (OT) turut komen dan memberikan penjelasan yang menarik.

Menurutnya, dalam terapi cara kerja, pensil atau krayon yang lebih pendek memang sering digunakan ketika sesi latihan kerana ia membantu kanak-kanak membentuk tripod grasp, iaitu pegangan pensil menggunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

Pegangan ini dianggap sebagai pegangan matang yang penting untuk meningkatkan kawalan jari, kestabilan tangan serta kemahiran menulis dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa penggunaan pensil pendek sahaja tidak mencukupi. Kanak-kanak juga perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti motor halus seperti menggunting, mengoyak kertas, menyusun blok atau menggentel plastisin bagi menguatkan otot tangan.

Perkongsian ini menjadi peringatan bahawa tidak semua perkara yang dilihat mempunyai maksud seperti yang disangka. Pensil yang pendek bukan semestinya menunjukkan keluarga tidak mampu membeli alat tulis baharu.

Sebaliknya, bagi sesetengah kanak-kanak, ia hanyalah pensil kegemaran yang selesa digunakan, malah dalam situasi tertentu turut memberi manfaat kepada perkembangan kemahiran motor halus mereka.

Baca juga: Bil Elektrik Tiba-Tiba Melambung? Ini 9 Peralatan Rumah Yang Sebenarnya Paling ‘Makan’ Elektrik!

Sumber: Tiktok @itssemaaaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×