Didik

‘Checklist’ Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak-anak (Boleh Print & Edit)

118
SHARES
senarai semak barang keperluan sekolah

Dah masuk akhir tahun ni, Ibu Ayah tentu dah ready nak sediakan barangan keperluan sekolah anak-anak.

Kelengkapan alatan sekolah amat penting untuk pastikan mereka dapat belajar dengan baik dan ia juga sebagai tanda galakan anak-anak ke sekolah, terutamanya bagi anak-anak yang baru nak masuk Tahun 1.

Maklumlah, jika ini kali pertama kita nak beli barang untuk anak yang pertama kali masuk sekolah, tentu agak kekok nak fikirkan apa yang patut dibeli.

Selain itu, ada kajian mengatakan jika memakai pakaian atau memiliki barang baru boleh menaikkan tahap keyakinan dan menceriakan mood seseorang.

Dalam musim PKP ni, Ibu Ayah perlulah merancang senarai barang keperluan dengan teliti supaya tak perlu nak berulang-alik ke kedai kalau-kalau ada barang yang tertinggal nanti.

Jadi, di sini kami sertakan ‘checklist’ untuk ibu ayah print atau edit ikut kesesuaian.

Bolehlah bawa senarai ni dan tandakan mana yang dah beli.

Boleh juga isikan harga dan jumlahkan sebagai rujukan untuk perbelanjaan bajet bulanan / tahunan.

Senarai Semak Barangan Keperluan Sekolah 2021

Bagi tahun 2021 ini, ibu ayah jangan lupa sertakan kelengkapan khas bagi menyediakan hand sanitizer, face mask, dan tisu basah / pek tisu individu untuk memudahkan anak-anak menjaga kebersihan di sekolah.

Ini senarai penuh sebagai panduan ibu ayah di rumah:

Senarai Barangan Keperluan Sekolah Tandakan (/) Nota / Harga
PAKAIAN
1.       Baju Uniform Putih
2.       Kain / Seluar (biru gelap)
3.       Stokin
4.       Kasut sekolah
5.       Tudung / Songkok
6.       Anak tudung
7.       Baju sukan / T-shirt putih (PJK)
8.       Seluar sukan
9.       Sapu tangan
10.   Lencana sekolah
11.   Name tag
12.   Tali leher
13.   Singlet / baju dalam
14.   Baju sekolah agama
15.   Kapur kasut (putih) / kiwi kasut (hitam)
 
ALAT TULIS / KELENGKAPAN BELAJAR
1.       Beg sekolah
2.       Pensel 2B
3.       Pemadam
4.       Pembaris
5.       Pengasah pensel
6.       Gam
7.       Gunting
8.       Pensel warna
9.       Bekas pensel
10.   Pembalut buku teks
11.   Pembalut buku latihan
12.   Krayon
13.   Warna air
14.   Kertas lukisan
15.   Berus lukisan
16.   Fail
17.   Botol air
18.   Bekas makanan
19.   Hand sanitizer
20.   Face mask
21.   Face mask extender
22.   Tisu
 
LAIN-LAIN
1.       Buku nota
2.       Pensel mekanikal / ubat pensel
3.       Pen
4.       Set geometri
5.       Kalkulator
6.       Stapler
7.       Puncher
8.       Baju hujan
9.       Topi keledar
10.   Jam tangan
 

Muat Turun / Edit / Cetak Senarai

Untuk mencetak atau print senarai barang keperluan sekolah anak-anak ibu ayah boleh muat turun fail INI: Senarai Semak Barangan Keperluan Sekolah 2021

ATAU

Save file JPEG di bawah ini:  senarai barang keperluan sekolah

Jom kongsikan supaya kita boleh sama-sama merancang pembelian dan menguruskan barangan keperluan sekolah anak-anak dengan lebih sistematik.

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×