Cantik

Malu Nak Bersalam Sebab Tangan Kasar, Usah Bimbang Cuba 7 Tips Bagi Tangan Lembut Balik!

48
SHARES
tangan lembut

Selain penjagaan muka, kelembutan kulit terutama bahagian tangan juga perlu anda titikberatkan. Pernah tak rasa tangan kasar sehinggakan ia menjejaskan keyakinan diri anda? Setiap kali nak salam je rasa malu malah menolak perbuatan itu. Sebenarnya ada cara alami untuk dapatkan tangan lembut, hanya memerlukan beberapa bahan semulajadi, pasti masalah anda selesai!

Selalu sangat orang kaitkan kalau tangan kasar itu disebabkan oleh buat kerja banyak. Tak juga, kadang mungkin kerana ia bahagian tubuh yang kurang mendapat perhatian justeru itu senang untuk ia kasar. Ikuti perkongsian penulis mengenai tips alami untuk tangan lembut, dah tak malu setiap kali nak bersalam lepas ni!

Baca juga: Tangan Kebas Menyucuk Menaip Sampai 5-6 Jam Sehari, Anda Terdedah Sindrom Carpal Tunnel!

7 TIPS ALAMI UNTUK TANGAN LEMBUT, BOLEH CUBA DI RUMAH JE

TIPS ALAMI UNTUK TANGAN LEMBUT #1 MINYAK ZAITUN

tangan lembut

Cara melembutkan tangan kasar adalah menggunakan minyak zaitun. Ini kerana kandungan vitamin C, D dan antioksidan dalam minyak zaitun boleh menolong anda meremajakan kulit. Selain itu, kandungan vitamin E dapat memberikan minyak alami yang berupaya menjaga kelembapan kulit anda sehingga terhindar dari kekeringan yang boleh membuatkan ianya kasar.

Caranya adalah panaskan minyak zaitun terlebih dahulu kemudian lumurkan pada tangan anda. Lakukan langkah ini seminggu 3 kali.

TIPS ALAMI UNTUK TANGAN LEMBUT #2 TEH

Anda juga boleh mendapatkan tangan lembut dengan teh. Teh mengandungi antioksidan yang tinggi sehingga mampu menjadikan kulit anda nampak muda dan halus. Malah, teh juga boleh membunuh bakteria yang merosakkan kulit dan dapat mengangkat sel-sel kulit mati yang menyebabkan tangan anda menjadi kasar.

Caranya adalah merendam tapak tangan di dalam teh yang telah direbus selama lebih kurang 10 minit. Seterusnya, lap hingga kering. Anda perlu lakukan cara ini seminggu 3 kali.

TIPS ALAMI UNTUK TANGAN LEMBUT #3 GARAM

Garam juga bahan yang boleh melembutkan tangan seseorang. Garam boleh menolong anda melakukan detox dengan mengeluarkan racun di kulit yang menyebabkan ia tidak sihat, kusam dan menggelupas.

Caranya adalah rendamkan tangan dalam bekas yang mengandungi garam dan air panas. Anda perlu kerap melakukan perendaman bersama air garam ini supaya tangan kekal sihat dan halus!

4. LIDAH BUAYA

Bahan alami yang lembutkan tangan ialah lidah buaya. Tanaman berduri ini boleh melembabkan kulit, mendetokfikasikan kulit, memperbaiki dan juga memudakan kulit anda. Ini kerana kandungan vitamin C, E dalam tanaman ini membantu melembutkan kulit.

Caranya adalah pisahkan daging lidah buaya daripada kulitnya, kemudian cuci hingga bersih. Kisar menggunakan pengisar sehingga benar-benar halus dan kemudian sapukan pada seluruh tangan hingga rata. Tunggu selama 10 minit sebelum anda bilas tangan menggunakan air panas.

5. KENTANG

tangan lembut

Anda juga boleh menggunakan kentang untuk lembutkan tangan yang kasar. Antioksidan yang tinggi dalam kentang berupaya menolong mengangkat sel kulit mati dari kulit yang mengakibatkan bahagian tangan anda menjadi kusam dan kasar.

Caranya adalah parut kentang secukupnya. Kemudian, sapukan merata pada tapak tangan anda. Gunakan ia sebagai masker tangan dan tunggu hingga ia kering sebelum dibilas menggunakan air panas. Lakukan rutin ini secara berkala.

6. MADU

Madu boleh digunakan untuk melembutkan tangan. Ia mempunyai kandungan vitamin, antioksidan dan potasium yang sangat bagus untuk menjaga kelembapan kulit anda. Kulit yang selalu lembap akan tercegah daripada kerosakan kulit kasar.

Caranya juga adalah mudah. Urut tangan anda menggunakan madu selama 5 minit. Lakukan rutin ini dengan kekerapan yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang diingini.

7. SUSU CAIR

tangan lembut

Bahan yang terakhir dapat lembutkan tangan kasar adalah susu cair. Ini kerana kandungan toner alami dalam susu boleh membuatkan tangan anda menjadi cerah dan bersih. Selain itu, susu juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang bagus untuk merawat kulit. Ia mampu memberi kelembapan alami pada kulit tangan anda.

Caranya adalah celupkan tangan ke dalam bekas yang telah diisikan susu cair selama 5 minit. Kemudian, anda boleh bilas tangan dengan air sejuk.

Cuba 7 bahan alami di atas, pasti anda akan nampak perubahan pada tangan. Bukan itu sahaja, selepas ini nak salam sesiapa pun tidak lagi menjadi isu kerana anda telah jumpa keyakinan diri yang telah hilang akibat tangan kasar itu. Apa lagi? Selamat Mencuba!

Sumber: Liputan 6

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×