Cantik

4 Bahan Semulajadi Ini Boleh Putihkan Badan, Info Extra Paling Penting Tau!

24
SHARES

Selain mahu mengetahui cara memutihkan badan, pasti anda juga ingin mengetahui tips menghilangkan kesan gelap di kawasan siku dan lutut kerana kawasan tersebut biasanya memiliki warna kulit lebih gelap daripada kulit tubuh lain.

Kawasan berkenaan sering dibengkokkan sehingga kulitnya menjadi lebih cepat mati dan warnanya menjadi kusam atau gelap dan sering berkedut. Tak perlu pun menggunakan produk perawatan kulit yang mahal untuk memutihkan badan, siku dan kulit. Memadai jika anda gunakan sahaja bahan-bahan semulajadi yang tersedia di persekitaran anda.

Baca juga: Tips Asingkan Tempat Tidur Dengan Anak, Anak Lebih Berani & Selamat!

1. Khasiat minyak zaitun

Minyak yang berasal daripada pati buah zaitun ini memang terbukti berkhasiat buat kesihatan dan kecantikan kulit. Termasuklah dalam cara untuk memutihkan badan, siku dan juga lutut.

Caranya, sapukan minyak zaitun secukupnya pada badan, lutut dan siku. Biarkan selama 15 minit, kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Minyak buah zaitun ini mampu mengangkat sel-sel kulit mati sehingga membuatkan kulit kelihatan lebih cerah dan bersinar.

2. Gunakan lemon

Perah lemon dikatakan sangat berkesan untuk meratakan warna kulit. Caranya, belah lemon kepada beberapa bahagian. Kemudian sapu atau gosokkan bahagian isi lemon tersebut pada badan, siku dan lutut. Biarkan selama 30 minit, kemudian boleh bilas bersih. Lakukan secara rutin, dua kali sehari.

3. Kebaikan pelembab

Selain badan, berikan juga pelembab pada bahagian siku dan lutut setiap kali anda selesai mandi. Ini adalah untuk menjaga kelembapan kulit di kawasan tersebut sekaligus memberikan nutrisi yang diperlukan oleh kulit.

4. Gosok dengan span khas

Salah satu penyebab warna hitam di sekitar siku dan lutut adalah kerana timbunan sel-sel mati. Untuk mengangkat sel-sel mati tersebut, anda memerlukan span khas (loofa). Setelah kulit disapu dengan minyak zaitun, gosok perlahan-lahan dengan span untuk mengangkat sel kulit mati.

Selain itu, anda juga boleh mencuba menggunakan lulur. Gunakan dua kali seminggu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan membantu regenerasi pada kulit.

Info Ekstra!

Memutihkan badan dengan cara ‘dari dalam’.

Pengambilan makanan sihat yang banyak mengandungi vitamin seperti ikan salmon, avakado serta sayuran hijau dapat membantu mempercepatkan pencerahan kulit dari dalam.

Sumber: Women Online Maganize

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×