Selalunya bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, mereka akan tidur bersama dalam satu bilik pada setiap malam. Hal ini kerana, ibu bapa mahu menemani anak-anak ketika tidur selain dapat menjaganya dengan lebih dekat di depan mata. Sebenarnya ada had masa yang membataskan ibu bapa untuk tidur bersama dengan anak-anak. Isu ini sangat serius dan boleh mendatangkan kesan yang mendalam jika tidak mendidik anak serta cuba memahamkan mereka daripada awal.
Baca juga: 5 Cara Hukuman Ini Bahaya Untuk Anak, Ibu Ayah Jangan Buat!
TIPS ASINGKAN TEMPAT TIDUR DENGAN ANAK
Islam menyuruh ibu bapa asingkan tempat tidur
Islam turut menyuruh ibu bapa asingkan tempat tidur dengan anak-anak. Rasulullah S.A.W bersabda ‘Perintahkan anak-anak kamu untuk menunaikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukulkan mereka ketika mereka berusia sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur di antara mereka’.
Umur 0-2 tahun
Fokus untuk sentiasa bercerita pada anak, nanti adik akan tidur di tilam sendiri, ada bilik sendiri. Sediakan emosi dan mental mereka untuk berpisah tempat tidur.
Walaupun tahap ini masih awal, tetapi percayalah setiap apa yang dikatakan oleh ibu bapa mudah diserap oleh anak-anak.
Umur 3-4 tahun
Mula pisahkan tempat tidur anak dengan kita. Mungkin bilik sama, tetapi compartment berbeza, tilam lain-lain. Bukan kongsi. Ada yang dah asingkan tempat tidur dari usia bayi. Ini lagi baik. Senang di masa hadapan.
Kena mula toilet training untuk persediaan menjadi lebih berdikari. Teruskan bercerita dan upgrade cerita tentang perasaan malu, aurat dan privasi.
Umur 7 tahun
Dah boleh tidur bilik sendiri. Jangan ada yang masih tidur dengan ibu bapa bila mula masuk sekolah rendah. BIG NO!
Panduan yang sama boleh diaplikasi dalam situasi tidur dengan nenek, bapa atau mak saudara.
Rumah disarankan ada 3 bilik
Rumah disarankan ada 3 bilik (bilik ibu bapa, adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan).
Walaupun mempunyai anak lebih daripada 2 orang, boleh sahaja untuk berkongsi bilik dengan syarat mengasingkan bilik tidur mereka mengikut jantina.
Ketahui rutin dan suasana tidur yang anak selesa
Selidik rutin dan suasana tidur kesukaan anak. Berikan anak-anak alatan yang boleh buatkan mereka rasa selamat dengannya. Kalau anak suka dipeluk, belikan bantal peluk. Sediakan pencahayaan dan lampu tidur yang bersesuaian untuk anak, jika mereka tak suka gelap.
Persiapan yang sebegini, akan membuatkan anak-anak lebih selamat untuk tidur seorang diri di dalam bilik mereka.
Sediakan bilik yang selesa
Sediakan bilik yang selesa untuk anak-anak. Memadai bilik tersebut bersih dan kemas. Ajar anak untuk bersama menghias bilik mengikut citarasa mereka supaya mereka seronok untuk di situ.
Contohnya, anak suka kereta atau bunga. Hiaskan menurut kesukaan mereka mengikut kemampuan ibu bapa. Hal ini akan menambahkan lagi keseronokan kepada anak dan lebih bersemangat untuk mencantikkan lagi bilik mereka.
Bila anak datang bilik ibu bapa, bawa kembali ke bilik mereka
Perlu bersabar dan pimpin anak-anak setiap kali keluar masuk bilik tidur ibu bapa. Tidurkan kembali anak-anak di bilik mereka.
Walaupun rasa terganggu apabila anak-anak selalu keluar masuk bilik ketika malam, tetapi jangan memarahi mereka kerana akan membuatkan mereka mudah berputus asa.
Guna sistem reward
Boleh guna sistem reward seperti beli sticker atau pelekat bergambar dan lekatkan di papan khusus untuk tunjukkan berapa kali dalam seminggu anak-anak tidur tepat pada waktu yang ditetapkan. Pasti anak-anak suka!
Anak-anak sangat suka diraihkan apabila berjaya melakukan sesuatu dalam kehidupan mereka. Walaupun perkara yang diraihkan itu kecil tetapi sangat besar nilai bagi mereka.
Baca doa dan ayat pelindung sebelum tidur
Amalkan membaca doa sebelum tidur dan suruh 3 Qul. Latih anak-anak untuk membaca doa itu setiap kali sebelum masuk tidur. Sentiasa beritahu anak-anak, bila baca doa, Allah akan jaga mereka sehingga pagi. Buat anak rasa selamat.
Dengan keyakinan yang diberikan oleh ibu bapa maka anak-anak lebih yakin dan berani untuk tidur di bilik sendiri sehingga waktu pagi.
Mulakan latih tidur waktu siang hari
Ibu bapa boleh melatih anak untuk tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada mereka. Lakukan sekerap mungkin dan cara ini pasti dapat membantu membiasakan anak.
Selain itu, dengan menjaga anak tidur di waktu siang akan kurangkan rasa takut serta membiasakan anak dengan persekitaran bilik mereka.
Sumber: Facebook Wawa Shauqi